

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
132
SEJARAH PENUBUHAN
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
PERTAHANAN NASIONAL
MALAYSIA
Peranan Pusat Islam di setiap
institusi pengajian tinggi
(IPT) tidak dapat dinafikan
peri pentingnya dalam
menyokong visi dan misi ke
arah memperkasakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan
Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara untuk melahirkan insan
kamil (sempurna) bagi mencapai
pengiktirafan global.
Dalam konteks IPT, Pusat Islam
berperanan melahirkan warga
pelajar dan staf yang komited
bagi merealisasikan misi dan visi
kecemerlangan yang ditetapkan.
Visi dan misi Pusat Islam adalah
memacu kecemerlangan
ummah melalui penganjuran
aktiviti keislaman ke arah
pembentukan akhlak, sahsiah
dan kecemerlangan akademik,
memelihara kesucian dan
keluhuran Islam, memperkukuh
minda pelajar dan staf agar
memiliki keterampilan, jati diri
dan kualiti diri serta mempunyai
kekuatan mendepani cabaran
arus perdana.
Melihat pada visi dan misi ini,
penubuhan Pusat Islam di
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) dirasakan
amat relevan didorong dengan
situasi semasa penubuhan dan
pemantapan Pusat Islam di IPT-
IPT seluruh Malaysia di samping
melebarkan jaringan ukhuwah,
mengukuhkan kerjasama,
meneroka perkongsian
maklumat dan kepakaran
P emb a n g u n a n
I n s a n i a h
7
pembangunan
insaniah
sesama Pusat Islam demi
melakar kejayaan yang lebih
gemilang.
Pada awal pembentukan
organisasi, aktiviti kerohanian
di kampus UPNM dikendalikan
oleh dua unit yang berasingan,
iaitu Unit Hal Ehwal Islam,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (HEPA) dan Cawangan
Agama, Akademi Latihan
Ketenteraan (ALK).
Unit Hal Ehwal Islam telah
ditubuhkan pada tahun 2007
di bawah Bahagian Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (HEPA).
Unit ini bertanggungjawab
dalam melaksanakan kegiatan
pendidikan kerohanian dan aktiviti
keagamaan kepada pelajar
UPNM sama ada pegawai kadet
mahupun pelajar awam. Selain
itu, unit ini juga bertanggungjawab
dalam menguruskan segala
aktiviti kerohanian pelajar baik di
dalam mahupun di luar kampus.
Unit ini mempunyai tiga orang
staf yang diketuai oleh seorang
Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)
dan dibantu oleh seorang
Penolong Pegawai Hal Ehwal
Islam (S27) dan Pembantu Hal
Ehwal Islam (S17).
Manakala, Cawangan
Agama ALK yang dianggotai
oleh empat orang staf pula
merupakan satu unit di bawah
Akademi Latihan Ketenteraan
yang juga berperanan dalam
melaksanakan aktiviti kerohanian
di UPNM melibatkan staf dan
pelajar UPNM namun tumpuan
unit ini lebih kepada pegawai
kadet UPNM, staf dan keluarga
(BAKAT). Ia juga terlibat di dalam