

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
127
8
P u s a t
K e c eme r l a n g a n
Angkatan Tentera Malaysia, Polis
Diraja Malaysia dan pasukan
keselamatan negara-negara Asia
Pasifik. Pameran ini melibatkan
penglibatan penyertaan lebih dari
40 buah negara dan delegasi
syarikat industri Pertahanan &
Keselamatan tempatan dan
antarabangsa.
Selain dapat mempromosikan
UPNM kepada masyarakat
tempatan dan antarabangsa,
secara tidak langsung
penglibatan UPNM ini dapat
membina jaringan kolaborasi
yang kukuh bersama syarikat
kolaborator dalam bidang
penyelidikan dan usaha sama.
PAMERAN DAN SEMINAR
AVIATION SCIENCE AND
TECHNOLOGY 2014 (AviST)
Pusat Penyelidikan Dan
Teknologi Pertahanan
(CODRAT) telah menyertai
Pameran dan Seminar Aviation
Science and Technology 2014
(AviST) yang berlangsung pada
28 - 29 April 2014 bertempat di
Politeknik Banting, Selangor.
Pameran dan seminar ini
menyaksikan pembentangan
dan perkongsian idea serta
mewujudkan platform yang
sesuai dan efektif bagi
menggalakkan jaringan hubungan
daripada pelbagai pihak
seperti industri tempatan dan
antarabangsa, institusi pengajian
tinggi awam dan swasta
khususnya dalam bidang sains
dan teknologi penerbangan.
KEM KONGKOI, JELEBU,
NEGERI SEMBILAN
Pengujian Kualiti Air Kem
Kongkoi
Pada 23 September 2014,
CODRAT dengan kerjasama
Pejabat Kesihatan Jelebu,
Negeri Sembilan telah
mengadakan pengujian air di
tasik-tasik yang terdapat di
Kem Kongkoi. Sebelum ujian
tapak dijalankan, stesen-stesen
persampelan perlu dipilih bagi
menggambarkan keadaan
keseluruhan kawasan pengujian.
Kepentingan pengujian air ini
adalah bagi memastikan tiada
bahan pencemaran air serta
mengukur tahap kualiti air.
Hasil ujian 15 sampel tersebut
dihantar ke Jabatan Kimia
Malaysia untuk dianalisa.
Lawatan Wakil Kedutaan British
Pada 29 Oktober 2014, UPNM
telah menerima lawatan secara
tidak rasmi oleh wakil Kedutaan
British bagi melawat tapak
Kem Kongkoi. Antara tujuan
lawatan ini adalah untuk melihat
sendiri kemudahan yang telah
disediakan di Kem Kongkoi dan
mencuba sendiri aktiviti yang
terdapat di Kem Kongkoi.
UJIAN TROPICALIZATION
PERALATAN FUTURE
SOLDIER PLATFORM
Pada 23 Julai 2014, seramai 16
pegawai kadet termasuk 2 orang
pegawai kadet perempuan telah
dipilih bagi mengikuti satu ujian
ketahanan fizikal dan mental.
Latihan ketahanan ini diketuai
oleh Mr. Steve Heaword dengan
melakukan aktiviti pengujian
lasak kepada pegawai kadet.
Data pengukuran antropometri ini
diambil secara terperinci ke atas
anggota badan setiap pegawai
kadet untuk digunakan dalam
kajian terhadap ‘body strength
index’ dan ‘personal combat
vest’ bagi setiap individu.
Beberapa ujian kemahiran fizikal
telah dilaksanakan dan hanya 6
pegawai kadet telah menunjukkan
prestasi yang baik dan lulus dalam
kesemua ujian-ujian itu. Latihan
fizikal yang bersesuaian adalah
disyorkan bagi meningkatkan
kekuatan fizikal serta memantau
latihan fizikal ke atas pegawai
akdet dari masa ke semasa.
Ujian fizikal yang sama juga akan
dikelolakan secara berkala bagi
ujian tropicalization seterusnya.