

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
126
P u s a t
K e c eme r l a n g a n
7
PUSAT PENYELIDIKAN DAN
TEKNOLOGI PERTAHANAN
(CODRAT)
PROJEK SOLAR WEAR
(ENERGY MANAGEMENT
FOR FUTURE SOLDIER)
Thinking Green Sdn. Bhd
merupakan sebuah syarikat
penyelidikan peralatan
mengecas bateri menggunakan
tenaga solar secara terus dari
jaket (pakaian). Syarikat ini
telah berjaya melepasi tapisan
permohonan geran dari Venture
Capital (di bawah Kementerian
Kewangan Malaysia) iaitu
Cradle Investment Program
(CIP). Penyelidikan Solar
Wear ini mempunyai potensi
dalam penggunaan di
sektor pertahanan dan
keselamatan, oleh sebab
itu pihak CIP telah melantik
CODRAT, UPNM sebagai
mentor kepada pengurusan
penyelidikan tersebut.
Proof
of Concept
untuk projek
ini telah dilaksanakan pada
Februari 2014 semasa latihan
ketenteraan bagi pelajar
PALAPES UPNM.
PROJEK FOOD WASTE
MANAGEMENT
Projek kolaborasi antara UPNM
dan ADSEC (M) Sdn. Bhd ini
adalah di bawah pengawasan
Pusat Penyelidikan dan
Teknologi Pertahanan
(CODRAT). Penyelidikan ini
dijalankan dengan meletakkan
mesin SHUBIC KE-SB 100R
di mess Pegawai Kadet UPNM
bagi tujuan tersebut.
Skop kajian dalam penyelidikan
ini adalah:
• Mewujudkan piawaian bagi
menguji output dari mesin
SHUBIC KE-SB 100R (organic
decomposter mechine)
• Mengkaji kesesuaian
kompos untuk dijadikan
baja/palet serta kandungan
nutrien yang terdapat dalam
kompos tersebut
• Meningkatkan teknologi
mesin SHUBIC KE-SB 100R
dari segi pemprosesan
yang lebih cepat tanpa
menjejaskan prestasi mesin
tersebut
• Mempertingkatkan sistem
output (food waste) secara
closed system
HUBUNGAN KERJASAMA
INDUSTRI
Pusat Penyelidikan Dan
Teknologi Pertahanan
(CODRAT) telah
menjalin kerjasama
dan mempertingkatkan
hubungan strategik dengan
menandatangani dua (2)
Memorandum Perjanjian (MoA)
iaitu dengan ADSEC (M) Sdn.
Bhd dan Thinking Green Sdn.
Bhd. bagi menjalankan usaha
sama penyelidikan.
DEFENCE SERVICES ASIA
(DSA)
Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia (UPNM) telah
mengambil bahagian dalam
Pameran Perkhidmatan
Pertahanan Asia 2014 / Defense
Services Asia (DSA) yang
diadakan pada 14 - 17 April 2014
bertempat di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala
Lumpur. Pusat Penyelidikan dan
Teknologi Pertahanan (CODRAT)
telah dipertanggungjawabkan
oleh UPNM untuk menguruskan
pameran yang merupakan
pertunjukan Perkhidmatan
Pertahanan Asia 2014 yang
keempat belas sejak mula
diadakan pada tahun 1988.
Pameran ini merupakan antara
lima (5) pameran Pertahanan &
Keselamatan yang terbesar di
dunia. Pameran ini membabitkan
pameran statik peralatan dan
teknologi pertahanan, sistem
persenjataan dan penyelesaian
keselamatan generik terkini
untuk memenuhi keperluan