Previous Page  134 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 134 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

133

8

P emb a n g u n a n

I n s a n i a h

pembangunan

insaniah

urusan kekeluargaan Islam

seperti khidmat kaunseling,

pembangunan keluarga dan

nikah cerai serta rujuk. Di

samping itu ia juga berkait

rapat dengan Mahkamah

Syariah serta Jabatan Mufti

di pejabat agama negeri.

Selain itu, cawangan ini

juga bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal

pengimarahan Masjid Al-

Jazaari, UPNM sebelum

ditukarkan nama kepada Masjid

Muhammad Al-Fateh, UPNM.

Walaubagaimanapun, Segala

perancangan dan gerak kerja

Unit Hal Ehwal Islam HEPA

amat berkait rapat dengan

perancangan dan gerak

kerja Cawangan Agama ALK

yang mana kedua-dua unit

ini sentiasa bergerak seiring

dalam menjayakan aspirasi

warga UPNM terutamanya

dalam bidang keagamaan.

Tambahan pula, pelbagai aktiviti

keagamaan dan pengimarahan

masjid telah dilaksanakan secara

kerjasama bersesuaian dengan

peranan kedua-dua unit ini

dalam menyebarkan ilmu agama

di samping bertindak sebagai

urus setia kepada pelbagai

aktiviti di peringkat universiti.

Melihat pada keperluan

penubuhan sebuah pusat

yang melaksanakan program

kerohanian secara lebih selari

dan tersusun, serta penampung

pembangunan dan keperluan

kerohanian warga UPNM yang

semakin meningkat saban

tahun, maka pada 15 Mei

2012 Pusat Islam ditubuhkan

hasil daripada penggabungan

daripada kedua-dua unit

kerohanian ini.

Kini, Pusat Islam UPNM

berperanan membina serta

melahirkan seorang Pegawai

kadet, Mahasiswa Awam dan

warga UPNM yang beragama

Islam bagi merealisasikan visi dan

misi kecemerlangan yang telah

ditetapkan. Visi dan misi Pusat

Islam adalah membangunkan

kecemerlangan ummah melalui

penganjuran aktiviti keislaman

dan pengimarahan ibadah

melalui pembinaan kekuatan,

akidah, kerapian amanah,

keluhuran ilmu dan kemurniaan

akhlak. Pusat Islam UPNM telah

beroperasi di Aras 1, Bangunan

Bestari UPNM diketuai oleh

Mejar (Ustaz) Haji Daud bin

Haji Mohamed Salleh sebagai

Pengarah Pusat Islam, UPNM

dan dibantu oleh empat belas

(14) orang staf yang terdiri

daripada sembilan (9) orang staf

awam dan lima (5) orang staf

tentera.

Kekuatan, Amanah, Akhlak

dan Berilmu merupakan Motto

Pusat Islam UPNM yang perlu

diterapkan bagi menyusun

langkah, mengatur strategi dan

melestarikan tekad agar mercu

kecemerlangan di kalangan

mahasiswa dan warga UPNM

dapat didakap dengan jayanya.

Program dan aktiviti bagi tahun

2014, program dan aktiviti

berkaitan akidah bagi tahun

2014 anjuran Pusat Islam

kepada staf dan mahasiswa,

dan perkhidmatan yang

disediakan oleh Pusat Islam

kepada staf dan mahasiswa

seperti di Jadual 71-73.