Background Image
Previous Page  146 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 146 / 298 Next Page
Page Background

109

4. Meningkatkan bilangan staf akademik UPNM

yang berkelayakan Ph.D melalui tempuh jangka

pendek dan panjang serta meningkat peluang

pensyarah UPNM yang mempunyai kelayakan

Sarjana untuk mengikuti Program Ph.D.

5. Meningkatkan pengambilan pelajar UPNM di

peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah.

6. UPNM perlu mewujudkan satu kumpulan/tim

pakar apabila berurusan dengan keperluan MQA,

termasuk semua proses serta dokumentasi.

7. Program-program Diploma yang ditawarkan

kepada Tentera Laut Diraja Malaya (TLDM) perlu

ditawarkan juga kepada orang/ organisasi awam

bagi memenuhi status Diploma sepenuh masa.

8. UPNM mesti meneruskan penubuhan Fakulti

Aeronautik.

9. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)

yang dipecahkan menjadi Fakulti Teknologi

Maritim dan Fakulti Teknologi Maklumat. Pada

masa akan datang Pusat Asasi Pertahanan akan

menjadi sebuah fakulti yang lengkap dan Jabatan

Sains daripada FSTP akan menjadi sebahagian

daripada Fakulti ini.

10.e-Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan

segera bagi memperkasakan pengajaran dan

pembelajaran universiti.

11.Kriteria untuk penilaian pensyarah bagi menilai

kualiti pengajaran mereka mesti dikaji semula

melalui bengkel dan dibentangkan kepada Senat

untuk kelulusan.

12.Semua pensyarah universiti mesti mengikuti

Program Pengajaran Pensyarah yang akan

dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Akademik.