

101
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
penyelidikan dan inovasi
Advancing towards Self-Reliance in Defence and Security
ini telah dirasmikan oleh Jen.Tan Sri Dato'
Seri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM. Majlis Perasmian Seminar tersebut
turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Universiti dan pegawai-pegawai kanan. Seminar penyelidikan
PSS2017 ini disertai seramai 45 peserta dan turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Pendidikan
Tinggi (KPT), Kementerian Pertahanan, Maktab Turus Angkatan Tentera, Institut Penyelidikan Sains Dan
Teknologi Pertahanan (STRIDE), Majlis Pengaman Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.
MINI PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI SEMPENA HARI ANUGERAH DAN SAMBUTAN HARI RAYA
PERINGKAT UPNM TAHUN 2017
Pada 20 Julai 2017, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah dipertanggungjawabkan
untuk mengadakan Mini Pameran Penyelidikan dan Inovasi bertempat di ruang legar, aras bawah,
Bangunan Lestari. Sebanyak 24 produk yang terdiri daripada penyelidikan, Kumpulan Inovatif Kreatif
(KIK), penerima Tokoh Akademik, dan penerima Anugerah Khas Kualiti Pengerusi LPU daripada Pusat
Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Perpustakaan
Jeneral Tun Ibrahim (PJTI), dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan. Mini Pameran ini diadakan
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah dan penyelidik yang hadir ke majlis Hari
Anugerah dan Sambutan Hari Raya peringkat UPNM bagi membina semangat mereka untuk terus
maju ke hadapan dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Mini pameran ini juga telah dihadiri oleh wakil
daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bagi tujuan penilaian Anugerah Inovasi Pengurusan
Kewangan (AIPK) peringkat Nasional.
booklayout.indd 101
7/24/18 11:03 AM