

100
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
FESTIVAL HARI GURU 2017
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) telah
dipertanggungjawabkan untuk menyertai Pameran Produk Inovatif
dan Sudut Interaktif serta Kajian Penyelidikan Terbaik Universiti untuk
dipamerkan di Zon Booth@HelloKampus Sempena Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2017 pada 12 hingga 16 Mei 2017 di Plaza Angsana,
Johor Bharu.
Festival Hari Guru 2017 dianjurkan bertujuan menarik minat pelbagai
lapisan masyarakat untuk hadir ke festival ini sama ada dari dalam
dan luar negeri Johor. Festival Hari Guru 2017 akan menampilkan
konsep pertautan di antara ilmu dan pembangunan modal insan.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh festival adalah pameran
Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi
produk oleh pempamer-pempamer (exhibitor), permainan berasaskan
pendidikan (edu-game), jualan buku-buku dan majalah dan sebagainya
yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik,
pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan dan
masyarakat setempat.
Penyertaan UPNM di dalam Festival Hari Guru 2017 adalah merupakan
peluang bagi mempromosikan produk penyelidikan dan inovasi serta
program Pengajian UPNM kepada masyarakat terutama kepada
golongan sasaran pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai.
PAMERAN
ASIAN SPACE TECHNOLOGY SUMMIT
2017
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah dijemput bagi
mengadakan pameran bersempena
Asian Space Technology Summit
2017 sebagai pempamer anjuran
Space Exploration Asia
bersama
UK Space Agency
dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Persidangan ini diadakan selama dua (2) hari mulai 11 hingga 12
Mei 2017 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Royale Chulan Kuala
Lumpur. Program anjuran
Space Exploration Asia
ini bertujuan bagi
mengetengahkan peranan serta pasaran teknologi-teknologi angkasa
di Asia. Produk
Smart Device Communication and Mobile Ad-Hoc
Wireless Sensor Gateway for Future Soldier
hasil penyelidikan yang
diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nazri bin Ismail dari Fakulti Sains
dan Teknologi Pertahanan telah dipilih untuk dipamerkan sepanjang
tempoh persidangan.
SEMINAR PENYELIDIKAN
PROTECTION AND SURVIVABILITY
SYMPOSIUM
2017 (PSS2017)
6 Julai 2017, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI),
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) buat julung kalinya
telah menganjurkan Seminar Penyelidikan
Protection and Survivability
Symposium
2017(PSS2017)bertempatdiTheEverly,Putrajaya.Seminar
ini merupakan salah satu usaha PPPI, UPNM untuk memperkayakan
dan memantau prestasi penyelidikan kumpulan. Program ini juga
diadakan untuk membentangkan kertas kerja dan laporan hasil-
hasil penyelidikan projek. Simposium ini melibatkan pembentangan
sebanyak 37 kertas kerja daripada pelbagai bidang berkaitan dengan
pertahanan dan keselamatan. Seminar yang membawa tema
penyelidikan dan inovasi
booklayout.indd 100
7/24/18 11:03 AM