Previous Page  100 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 100 / 174 Next Page
Page Background

99

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

penyelidikan dan inovasi

SEMINAR,

PAMERAN

DAN

PROGRAM

KERJASAMA YANG DISERTAI OLEH PPPI

PROGRAM LE TOUR SAINS DAN TEKNOLOGI

STEM UPNM BERSAMA SEKOLAH ANGKAT

SKPTD 2017

6 November 2017, Unit Kaunseling dan Kerjaya,

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPNM

telah bekerjasama dengan Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UPNM bagi

menganjurkan Program Le Tour Sains dan

Teknologi bersama sekolah angkat Sekolah

Kebangsaan Pangkalan Tentera Darat (SKPTD)

2017. SKPTD merupakan sekolah angkat UPNM

sejak tahun 2016. Justeru, UPNM dan pihak

SKPTD telah berkolaborasi untuk membantu

meningkatkan kecemerlangan para pelajar

sekolah tersebut melalui pembudayaan aktiviti

STEM. Seramai 80 orang pelajar tahun lima dan

dua (2) orang guru pengiring menyertai program

ini. Para pelajar dan guru di bawa melawat

ke Makmal Fakulti Perubatan dan Kesihatan

Pertahanan, Makmal Maritim dan Perpustakaan

Jeneral Tun Ibrahim. Setelah selesai sesi lawatan,

pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan

untuk sesi pengenalan kepada program STEM

dan program ini diakhiri dengan pertandingan kuiz

antara kumpulan.

SEMINAR

SUBJECT

MATTER

EXPERT

ENGINEERING - HUMANITARIAN ASSISTANCE

AND DISASTER RELIEF

(HADR) 2017

Seminar

Subject Matter Expert Engineering -

Humanitarian Assistance and Disaster Relief

(HADR) 2017 telah diadakan dengan jayanya

pada 11 April 2017 bertempat di Dewan Bestari,

UPNM. Seminar diadakan secara usaha sama

di antara Pejabat Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) bersama Pusat

Penyelidikan Pengurusan Bantuan Kemanusiaan

dan Bencana (HADR). Seminar ini dianjurkan

sebagai sebuah platform dalam membentang dan

membincangkan pengetahuan serta kerjasama

serantau terutamanya di dalambidang kejuruteran

pertahanan,

keselamatan,

pengangkutan

dan pengurusan bencana alam. Seminar ini

melibatkan anggota keselamatan (Kementerian

Pertahanan), penyelidik serta pensyarah UPNM,

peserta-peserta jemputan luar (universiti awam

dan universiti swasta) dan juga jemputan khas

daripada pihak luar iaitu Pacific Partnership dan

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Pembentang yang dijemput khas pada seminar

ini adalah Dr. Panos D. Prevedouros dari University

of Hawaii at Manoa yang begitu cenderung

melibatkan diri dalam bidang penyelidikan

Kejuruteraan

Pengangkutan

(Transportation

Engineering).

booklayout.indd 99

7/24/18 11:03 AM