Previous Page  22 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 134 Next Page
Page Background

22

|

w w w . u p n m . e d u . m y

mahas i swa

berkual i t i

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

mahasiswa

berkualiti

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

1.0 Pendahuluan

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) telah ditubuhkan

selari dengan penubuhan Universiti pada tahun 2007. Objektif

penubuhan BPA adalah untuk memastikan urusan pengambilan

dan kemasukan pelajar, pendaftaran kursus, maklumat rekod,

peperiksaan dan pengijazahan diuruskan dengan berkesan seiring

dengan matlamat dan objektif Universiti. Bagi meningkatkan

penyampaian perkhidmatan, BPA telah mewujudkan beberapa

pecahan unit pentadbiran sebagai pengkhususan di dalam

memastikan fungsi dan peranan dapat berjalan dengan lancar.

Antara unit yang terdapat di BPA adalah:

a. Unit Kemasukan dan Promosi

b. Unit Rekod dan Pendaftaran

c. Unit Peperiksaan dan Pengijazahan

d. Unit Pentadbiran dan Senat

BPA juga merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam

menyelaras dan melaksanakan segala dasar berkaitan hal ehwal

akademik di UPNM dan menjadi urus setia bagi Mesyuarat Senat

Universiti. UPNM ditubuhkan bagi mengeluarkan graduan tentera

dan awam untuk keperluan keselamatan pertahanan negara.

2.0 Program Pengajian

2.1 Program Asasi Pertahanan

1. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470)

2. Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220)

3. Asasi Perubatan (Z0080)

2.2 Fakulti Kejuruteraan

1. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ZK01)

2. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08)

3. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

(Komunikasi) (ZK25)

4. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

(Kuasa) (ZK50)

2.3 Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

5. Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan

Sistem Komputer) (ZC27)

6. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)

(ZC20)

7. Sarjana Muda Teknologi Maritim (ZG37)

2.4 Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

8. Sarjana Muda Pengajian Strategi (ZP44)

9. Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia

Pertahanan (ZP45)