

w w w . u p n m . e d u . m y
|
19
laporan
naib canselor
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
upnm telah berjaya memperoleh sijil ohsas 18001:2007
Health & Safety Management System
daripada Bmtrada
Certification Ltd United Kingdom mulai 7 September 2015 - 6 september 2018. Kem ini merupakan pusat
penyelidikan dan pembangunan tujahan ‘tropicalization’ pertama di Malaysia. Skop pensijilan tersebut termasuklah
pelbagai kajian mengenai kesan iklim tropikal terhadap peralatan, navigasi, latihan tempur dan kecergasan serta
kajian terhadap penyakit berkaitan air. UPNM juga telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama
UK Space Agency dan Defence Scientific and Technology Laboratories (dstl) uk bagi tujuan penyelidikan
‘equipment tropical capabilities’ yang akan dijalankan di kem ini.
Selain itu, sepanjang tahun 2015 pelbagai kejayaan telah dikecapi hasil daripada usaha gigih seluruh warga UPNM
termasuklah para akademia, staf pentadbiran serta para pelajar. Antaranya, UPNM berjaya meraih sebanyak 16
anugerah pingat emas dalam pertandingan penyelidikan termasuk Defence Security and Sustainability (DSS)
2015, Malaysia Technology Expo (MTE) 2015, International Invention & Innovation Exhibition (itex’15) dan Seoul
International Invention Fair 2015.
UPNM akan terus mengorak langkah berani, dalam merealisasikan cita-cita tinggi, yakni melahirkan graduan
“Intellectual Leader of Character”. Justeru, upnm akan terus bergerak dan berkembang, di atas paksi dan
landasan sebagaimana yang diamanahkan oleh pemegang taruh.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama, sokongan
serta usaha gigih yang telah diberikan oleh semua pihak terutamanya kepada seluruh warga UPNM, Ahli-