Previous Page  18 / 134 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 134 Next Page
Page Background

18

|

w w w . u p n m . e d u . m y

laporan

naib canselor

LAPORAN TAHUNAN

UNIVERSITI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

2015

laporan

naib canselor

Tahun 2015 merupakan kesinambungan kepada

landasan trajektori sinergi yang memacu

perkembangan universiti, baik dari segi kualiti

mahasiswa, akademia, urus tadbir, serta amalan

akauntabiliti dan integriti. Asas yang telah dicipta

sepanjang tahun-tahun yang sebelumnya terbukti

semakin kukuh dengan terhasilnya rangkaian

kecemerlangan.

Hal ini memberikan keyakinan dan semangat kepada

seluruh warga universiti untuk terus berkhidmat,

berkongsi visi dan misi, serta menterjemahkan amanah

yang telah diberi oleh pemegang taruh dengan penuh

rasa bangga.

Sebagai sebuah universiti awam, UPNM sudah

semestinya tidak boleh lari daripada menerima saranan

dan mengharungi cabaran kerana itulah lazimnya

sebagai sebuah institusi yang memegang amanah

dan kepentingan awam serta negara. Ini menuntut

akan migrasi sikap, minda dan tenaga warga universiti

bagi menentukan transformasi dan perancangan

strategik terlaksana. Dalam hal ini, keterlibatan seluruh

warga universiti adalah sangat penting.

Penzahiran kecemerlangan perlu dan akan melalui

pelbagai proses penambahbaikan seiring dengan

perkembangan dan keperluan semasa. Pembangunan

organisasisecaramenyeluruhsudahpastinyamenuntut

akan penekanan terhadap pembangunan insan yang

bermutu, baik dari segi intelek dan keperibadian

sebagai suatu mekanisme penting yang menjadi ejen

perubahan dalam organisasi. Sinergi positif melalui

kekuatan spiritual dan ilmu yang berteraskan nilai-nilai

murni sudah pasti akan mewujudkan persekitaran

kerja yang menjunjung tinggi semangat ukhuwah,

keterangkuman, kelestarian dan kecemerlangan

sebagai asas dalam melunaskan amanah.

Dalam usaha memperkukuhkan bidang tujahan

keselamatan dan pertahanan, pelbagai usaha

telah dan sedang dilaksanakan dengan mengambil

kira perluasan dan pembangunan kapasiti serta

keupayaan upnm. Transformasi yang sedang

direncanakan oleh upnm sudah pastinya mengambil

kira keseluruhan aspek di dalam ekosistem universiti.

Ini termasuklah pengukuhan kualiti governan dan

tadbir urus, pemerkasaan akademik, pemerkasaan

penyelidikan dan inovasi, pembangunan sahsiah

pelajar, akauntabiliti dalam pengurusan kewangan,

kerjasama strategik, serta pengantarabangsaan

universiti.

Dalammenzahirkanhasratdanaspirasi yangdisasarkan,

lembaga pengarah universiti terus mengemudi proses

pembangunan dan perluasan kapasiti upnm mengikut

acuannya yang tersendiri. Acapkali dalam acara-acara

yang melibatkan Pengurusan Tertinggi dengan warga

upnm, frasa ‘amanah kita’ dan ‘demi kedaulatan

tahanair’ seringkali diulang sebagai pencetus semangat

agar seluruh warga merasai dan menjiwai bahawa

tanggungjawab serta keringat mereka ini adalah suatu

pengorbanan yang amat disanjung tinggi, baik di sisi

agama, bangsa dan negara.

Dalam memperkembangkan tujahan universiti ini iaitu

keselamatan dan pertahanan, pelbagai usaha telah

dilakukan termasuk membangunkan fasiliti yang boleh

diguna pakai terutamanya bagi tujuan penyelidikan

berfokus. Hasilnya, Kem Kongkoi yang terletak di

daerah Jelebu, Negeri Sembilan iaitu Pusat Latihan