

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
3
sejarah
penubuhan
Di samping memperolehi kelayakan profesional, semua Pegawai
Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka bakal
berkhidmat di pelbagai pasukan dalam Tentera Darat Malaysia,
Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Manakala bagi pelajar awam yang bergraduat mereka bakal
menceburi perkhidmatan beruniform yang lain seperti Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen
Malaysia dan perkhidmatan awam serta sektor swasta, terutama
dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan negara.
Di samping Pusat Asasi Pertahanan, UPNM telah menubuhkan 4
buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan serta
Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan.
Program akademik yang ditawarkan di fakultii-fakulti adalah
setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam
dan luar negara. Program-program ditawarkan oleh UPNM menarik
minat bakal pelajar kerana ia melibatkan pengajian dalam bidang
pertahanan dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi boleh diaplikasi kepada pengurusan pertahanan dan
keselamatan negara, di samping dapat diaplikasikan dalam sektor
perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.
Sejarah Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM)
bermula dengan penubuhan
Akademi Tentera Malaysia
(ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai
organisasi yang bertanggungjawab
menjalankan program pengajian
di peringkat Sarjana Muda dan
latihan ketenteraan kepada
Pegawai Kadet Angkatan Tentera
Malaysia (ATM). Peranan ATMA
kemudian diperluaskan melalui
naik tarafnya sebagai sebuah
universiti yang diwartakan pada
10 November 2006.
8
S e j a r a h
P e n u b u h a n