

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
183
8
P r e s t a s i
K e w a n g a n
Pada 23 Disember 2014, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menetapkan tarikh
perbicaraan penuh bagi kes ini akan diadakan pada 3, 4 dan 5 Februari 2015. Walau
bagaimanapun, UPNM telah dimaklumkan oleh pihak Mahkamah bahawa tarikh
tersebut telah dilapangkan dan satu tarikh baharu untuk perbicaraan penuh kes ini akan
ditetapkan semula.
b.
Terdapat lagi satu writ saman bagi kes saman no. 22NCVC-246-05/2014 telah difailkan
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mei 2014 oleh Plaintif, Lt Kol Sabri bin
Salman ke atas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pihak Plaintif telah
tidak berpuas hati dengan penamatan kontrak perkhidmatan beliau dengan sebulan notis
sebagai Pegawai Tadbir Gred N48 (lantikan secara kontrak) di UPNM.
Oleh yang demikian, pihak plaintif memohon perintah daripada Mahkamah seperti
berikut:
• Pengambilan balik Plaintif ke posisi dan taraf perkhidmatan seperti pada masa
penamatan perkhidmatan tersebut dengan bayaran gaji dan elaun yang sama dikira
dari tarikh penamatan perkhidmatan;
• Pampasan atau ganti rugi atas pemecatan salah tersebut sebanyak RM226,436.88
iaitu bayaran baki wang kontrak dari penamatan tempoh kontrak tersebut sehingga
penyelesaian tempoh kontrak;
• Wang pampasan sebagai ganti rugi tauladan di mana jumlah yang ditetapkan oleh
Mahkamah;
• Faedah 4% setahun ke atas jumlah tunggakan gaji dan elaun atau di atas jumlah
pampasan atau ganti rugi yang diawadkan dari tarikh penamatan perkhidmatan
sehingga ke tarikh keputusan ini dan pada kadar 5% setahun dari tarikh keputusan
sehingga tarikh penyelesaian yang diawadkan tersebut; dan
• Kos tindakan.
• Namun begitu, keputusan muktamad terhadap tuntutan-tuntutan Plaintif tersebut
hanya akan diputuskan oleh pihak Mahkamah setelah perbicaraan penuh dijalankan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan beberapa siri pengurusan kes
(case management) yang telah dihadiri oleh pihak Plaintif dan Defendan sepanjang
tahun 2014.
• Pada November 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh
baru perbicaraan penuh untuk kes ini akan diadakan pada 20, 21, 26, 27 dan 28
Ogos 2015.