Previous Page  405 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 405 / 449 Next Page
Page Background

285

4.2 PANDUAN HALA TUJU STRATEGIK AKADEMIK

4.2.1 Panduan dalam Menentukan Arah Strategik

Akademik oleh Senat Universiti

4.2.1.1

Pelan Strategik UPNM 2016-2025 merupakan

dokumen Pelan Strategik UPNM kedua yang diwujudkan

selepas Pelan Strategik UPNM yang pertama 2012-

2015. Pada 7-9 Disember 2015, satu

retreat

telah

diadakan di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan

untuk menambah baik Pelan Strategik 2012-2015.

Penambahbaikan ini perlu agar strategi UPNM sejajar

dengan

The Malaysia Education Blueprint 2015-2025

dan Rancangan Malaysia Ke-11. Semua pegawai kanan

Universiti dan pentadbir terpilih hadir ke

retreat

tersebut

yang mana segala pandangan/cadangan daripada staf

akademik dan bukan akademik telah diperdebatkan

sehingga satu kata sepakat dipersetujui. Pelan Strategik

UPNM 2016-2025 ini telah diguna pakai sebagai

panduan pengurusan universiti dalam merancang

pembangunan dan pengurusan akademik.

Rujuk A 44:

i.

Pelan Strategik

UPNM 2016-2025

ii.

Pelan Strategik

Akademik 2016-

2025

4.2.2 Polisi, Prosedur dan Garis Panduan

4.2.2.1

Polisi UPNM dalam membentuk Fakulti dan

Pusat Pengajian adalah dengan menggunakan garis

panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan

Tinggi Malaysia (KPT). Senat bertanggungjawab

sepenuhnya dalam membuat keputusan untuk

menubuhkan sesebuah entiti akademik seperti yang

dinyatakan dalam statut UPNM. Senat juga memainkan

peranan dalam proses penstrukturan semula sesuatu

Fakulti. Semua permohonan penubuhan fakulti atau

pusat mesti dibentangkan dahulu di Mesyuarat JPPA.

Seterusnya, permohonan dibawa ke peringkat Senat

untuk diluluskan dan kemudiannya ke peringkat LPU

Rujuk A 45:

i.

Buku Garis Panduan

Penulisan Program

Akademik KPT

ii.

Surat Kelulusan

Penubuhan Fakulti

Perubatan dan

Kesihatan

Pertahanan – JPT

(A)

1000/021/017/01(12)