Previous Page  401 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 401 / 449 Next Page
Page Background

281

juga secara signifikannya tertakluk kepada Akta Badan-

Badan Berkanun (Akta 605). Justeru, dengan adanya

akujanji, Akta 605 serta pendedahan kefahaman tentang

etika dan integriti, maka secara tidak langsung ahli Senat dan

setiap jawatankuasa yang berkenaan dapat melaksanakan

tanggungjawab mereka dengan lebih telus.

Warga UPNM juga didedahkan dengan Kursus Etika dan

Integriti yang dilaksanakan oleh Bahagian Latihan, Jabatan

Pendaftar yang mana ia telah dijadikan sebagai salah satu

kursus wajib hadir bagi kumpulan pegawai gred 41 dan ke

atas pada tahun 2015. Ini secara tidak langsung

menunjukkan betapa seriusnya pihak pengurusan UPNM

terhadap isu menangani masalah etika dan integriti ini dan

memberi pendedahan secara berkala terhadap warga

UPNM.

Rujuk A 34:

Kalendar Latihan dan

Kandungan Kursus Etika

dan Integriti, Sijil dan

Kehadiran Staf

Di UPNM juga amat mementingkan keselamatan dan

kerahsiaan maklumat akademik dengan menyatakannya

dalam Piagam Pelanggan UPNM. Ini jelas menunjukkan

komitmen tinggi pihak UPNM dalam memastikan kerahsiaan

sesuatu maklumat itu berada dalam kondisi yang selamat.

Rujuk A 35:

i. Piagam Pelanggan

UPNM

ii. Cabutan Minit

Senat Khas 29 Julai

2013 Min. 5.2.3

Berhubung Etika

Kerahsiaan

4.1.4.2

Semua perkara yang diputuskan samada yang masih

dalam tindakan mahupun belum selesai akan dipantau

melalui laporan pada perkara berbangkit dalam Mesyuarat

Senat berikutnya. Pihak pengurusan UPNM juga telah

menubuhkan satu unit yang dipanggil Unit Integriti di Jabatan

Pendaftar dalam memastikan pelaksanaan etika dan integriti

ini benar-benar terlaksana agar memastikan sistem tadbir

urus universiti berada dalam tahap yang terbaik.

Rujuk A 36:

i. Kertas Kerja

Penubuhan Unit

Integriti

ii. Cabutan Minit

Mesyuarat

Jawatankuasa

Eksekutif Naib

Canselor (EXCO)

Bil. 1/2014