

131
1.1.12.2
LPU Mempunyai Dasar Penilaian Untuk Menilai Keberkesanannya
Dalam menjalankan fungsi dan kuasanya, LPU mengambil
maklum bahawa tata kelakuan setiap staf di UPNM adalah
tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib
Dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Oleh itu, LPU sentiasa
memastikan setiap tindakan berkaitan etika dan integriti yang
diambil dilaksanakan mengikut peruntukan yang telah
termaktub dalam Perlembagaan UPNM dan Akta 605
tersebut.
Dalam mengukuhkan etika dan integriti juga, LPU mengambil
maklum tentang setiap staf UPNM diwajibkan untuk
menandatangani Surat Akujanji. Tujuannya adalah untuk
menimbulkan kesedaran dalam kalangan staf betapa
pentingnya melaksanakan tugas dengan setia, jujur,
bertanggungjawab, dedikasi dan profesional. Pelaksanaan
akujanji kepada staf baharu yang melapor diri di UPNM telah
diamalkan bagi menyahut seruan kerajaan supaya
mengamalkan pelan integriti nasional peringkat organisasi.
LPU juga mengambil maklum bahawa Pengurusan Universiti
telah menubuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) untuk
membincangkan isu dan permasalahan dalam kalangan staf
kumpulan pelaksana dan mencari jalan penyelesaian terbaik.
MBJ dilaksanakan sebanyak empat (4) kali setahun dan
kaedah ini juga merupakan usaha ke arah mengukuhkan
etika dan integriti selaras dengan hala tuju universiti.
Rujuk G134:
Peraturan
9,
Jadual
Kedua,
Peraturan-Peraturan
Tatatertib Badan-Badan
Berkanun, Akta Badan-
Badan
Berkanun
(Tatatertib dan Surcaj)
2000 (Akta 605) (m.s.
24)
Rujuk G135:
Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan
17
Tahun
2001
(Penguatkuasaan Surat
Aku
Janji
Untuk
Pegawai Awam)
Rujuk G136:
Perlembagaan
Majlis
Bersama Jabatan Bagi
UPNM
Rujuk G137:
Minit
Mesyuarat LPU Bil.
2/2015 – Minit 5.6 –
Cadangan Proses atau
Tatacara Pengurusan
Staf Bermasalah di
Peringkat PTj UPNM
Rujuk G138:
Minit
Mesyuarat LPU Bil.
2/2015 – Minit 6.10 –
Cadangan Carta Aliran
Kerja atau Prosedur
Kes Tatatertib UPNM
Rujuk G139:
Minit
Mesyuarat LPU Bil.
3/2013 – Minit 3.4 –
Mesyuarat
Jawatankuasa Siasatan
Mengenai
Tuduhan
Terhadap (Penama)