

128
Ketetapan mesyuarat ini telah dinyatakan dalam takwim
yang disediakan oleh pihak Universiti. Takwim tersebut
digunakan sebagai panduan dalam menentukan tarikh dan
waktu Mesyuarat LPU pada setiap tahun. Hal ini adalah
untuk memastikan setiap ahli LPU mempunyai maklumat
mengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat
tersebut dan sebagai salah satu langkah persediaan awal
untuk memastikan mesyuarat dijalankan dengan teratur dan
berkesan.
Rujuk
G121:
Minit
Mesyuarat
LPU
Bil.
3/2014 – Minit 7.0 -
Takwim Mesyuarat LPU
2015
1.1.11.2 LPU Menggunakan Peruntukan Untuk Mesyuarat-Mesyuarat Khas
Dalam perkara-perkara yang memerlukan kelulusan
daripada LPU dalam kadar yang segera, perbincangan
mengenai perkara tersebut akan dibuat secara edaran
kepada semua ahli LPU sebelum keputusan dibuat.
Rujuk G122:
Kelulusan
Secara Edaran – Surat
Kelulusan Melalui Edaran
bertarikh 16 Oktober
2014
1.1.11.3 Pengerusi Berbincang Dengan Naib Canselor dan Setiausaha Dalam
Menyediakan Agenda Mesyuarat
Setiap kali sebelum mesyuarat LPU diadakan, kertas kerja
yang disediakan dibentangkan kepada wakil ahli LPU iaitu
Pengerusi LPU dan Naib Canselor untuk memastikan
perkara-perkara yang akan diperbincangkan dalam
mesyuarat dapat difahami oleh LPU. Ahli-ahli LPU tersebut
akan memberikan pandangan dan ulasan mengenai
perkara-perkara yang disenaraikan dan penambahbaikan
akan dilakukan demi memastikan mesyuarat dapat
dijalankan dengan teratur.
Rujuk G123:
Jadual
Tahun
2015:
Sesi
Briefing
Tan Sri Anwar
berkaitan
LPU
di
Business Centre
Royale
Chulan