

130
1.1.11.9 LPU Memaklumkan Keputusannya Dengan Jelas dan Segera Kepada
Pengurusan
Dalam sesetengah perkara yang tidak memerlukan
perbincangan lanjut, LPU akan memberikan keputusan
dengan jelas untuk tindakan selanjutnya pihak-pihak yang
terlibat dalam perkara tersebut.
Rujuk
G131:
Minit
Mesyuarat
LPU
Bil.
2/2015 – Minit 5.18 –
Kertas Kerja Pindaan Ke
Atas Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan
17
Tahun
2008
Perenggan
5.3
Pemberian Wang Tunai
Sebagai Gantian Cuti
Rehat yang Tidak Dapat
Dihabiskan oleh Pegawai
Lantikan Secara Kontrak
di UPNM
1.1.12 Berpegang Teguh kepada Etika dan Integriti
1.1.12.1
LPU Memastikan Dasar dan Prosedur Mengisytiharkan Sesuatu
Bentuk Kepentingan Dalam Sebarang Situasi Telah Diwujudkan
LPU mengambil maklum tentang etika-etika yang perlu
dipatuhi dalam melaksanakan sesuatu keputusan
melibatkan kepentingan universiti. Ahli LPU dikehendaki
untuk membuat pendedahan kepada mesyuarat LPU
sekiranya beliau mempunyai kepentingan dalam sesuatu
perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat LPU. Hal
ini adalah untuk mengelakkan berlakunya
conflict of interest
dan mengakibatkan keputusan yang diambil boleh
dipersoalkan pada masa hadapan. Di samping itu, ahli LPU
juga bertanggungjawab untuk merahsiakan segala perkara
yang dibincangkan dalam mesyuarat untuk mengelakkan
ketirisan maklumat daripada berlaku. Bagi memastikan tiada
ketirisan maklumat berlaku terhadap perkara-perkara yang
telah dibincangkan pada mesyuarat LPU, semua ahli LPU
dan ahli
Ex-Officio
serta urus setia telah menandatangani
Surat Akujanji bagi menjaga kerahsiaan perbincangan.
Rujuk G132:
Jadual
Kepada Seksyen 16(3)
Perlembagaan
UPNM
(m.s. 7597)
Rujuk G133:
Surat
Akujanji Pengerusi LPU