

119
Jawatankuasa Pengurusan Risiko ini berperanan untuk
menilai, mengukur, menganalisa, mengklasifikasi risiko,
mengenalpasti risiko, mengurus dan memantau pengurusan
risiko yang berkaitan. Selain itu, Jawatankuasa ini juga
berperanan menentukan strategi dan tadbir urus bagi
memastikan pelaksanaan pengurusan risiko yang
menyeluruh, bersepadu dan berkesan secara berterusan
merentasi seluruh entiti dan Fakulti/ Pusat/ Jabatan/
Bahagian (FPJB). Selain itu, ia juga bertanggungjawab
dalam menyusun strategi serta tindakan yang berkesan
dalam mengurangkan kesan risiko yang boleh menjejaskan
pencapaian matlamat UPNM dan melakukan rundingan
dengan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) dalam
setiap proses pengurusan risiko melalui sesi perbincangan,
taklimat, seminar dan lain-lain.
LPU telah meluluskan Dasar Pengurusan Risiko UPNM
berdasarkan piawaian antarabangsa ISO 31000:2009
(Risk
Management - Principles and Guidelines)
sebagai asas
pengurusan risiko Universiti.
Pengerusi LPU juga memaklumkan bahawa pengurusan
risiko sangat dititikberatkan dalam pengurusan Universiti.
Setiap keputusan yang diambil perlu berlandaskan kepada
analisis risiko yang telah dilakukan. Pada peringkat
permulaan LPU telah bersetuju untuk menjemput pegawai
risiko Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau
wakilnya ke mesyuarat pengurusan risiko Universiti.
Selain itu, LPU memberikan perhatian dan penekanan
kepada pengurusan risiko terutamanya dalam hal-hal
kewangan. Perancangan perbelanjaan universiti menjadi
fokus utama LPU.
Rujuk G75:
Minit Mesyuarat
LPU Bil. 2/2015 – Minit 5.14
– Penubuhan Jawatankuasa
Pengurusan Risiko (Terma
Rujukan) (Kertas Kerja
Penubuhan Jawatankuasa
Pengurusan Risiko)
Rujuk G76:
Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Risiko Bil.
1/2015
Rujuk
G77:
Dasar
Pengurusan Risiko UPNM
Rujuk G78:
Minit Mesyuarat
LPU Bil. 2/2015 – Minit
4.1.2.22 – Pembangunan