Background Image
Previous Page  118 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 118 / 298 Next Page
Page Background

81

5.0 PENCAPAIAN UNIVERSITI

5.1 PENCAPAIAN UNIVERSITI

5.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, UPNM komited serta fokus untuk

menjadi sumber rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang

merangkumi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan,

pembangunan pelajar, aktiviti jaringan komuniti dan perkhidmatan profesional.

UPNM juga sentiasa memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran serta latihan

yang dijalankan menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Agensi Kelayakan

Malaysia, serta agensi akreditasi lain yang berkenaan termasuk

Engineering

Accreditation Council Malaysia

(EAC), dan Majlis Perubatan Malaysia.

5.1.1.1 Pengajaran Peringkat Sarjana Muda dan Asasi

Secara keseluruhannya, terdapat empat (4) fakulti dan dua (2) Pusat Pengajian telah

ditubuhkan di UPNM yang menawarkan 14 program, meliputi tiga (3) program asasi

dan 11 program sarjana muda, iaitu:

1.

Program Asasi Pertahanan

Asasi Kejuruteraan dan Teknologi

Asasi Pengurusan dan Strategi

Asasi Perubatan

2.

Fakulti Kejuruteraan

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)

3.

Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)

Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)

Sarjana Muda Teknologi Maritim