Background Image
Previous Page  115 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 115 / 298 Next Page
Page Background

78

4.0 SUMBER

4.1 SUMBER MANUSIA

Jabatan Pendaftar diwujudkan semenjak UPNM ditubuhkan iaitu pada 10 November

2006 yang berperanan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada

semua pegawai. Jabatan Pendaftar UPNM terdiri daripada enam (6) bahagian

utama iaitu:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

Bahagian Khidmat Pengurusan.

Bahagian Keselamatan.

Bahagian Kenderaan.

Pusat Kesihatan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia terdiri daripada dua (2) unit utama iaitu Unit

Pelantikan dan Pengambilan yang bertanggungjawab dalam memastikan struktur

organisasi dan perjawatan pada tahap yang optimum. Manakala Unit Perkhidmatan

dan Pembangunan Kerjaya memainkan peranan dalam memastikan kemudahan

dan kebajikan pegawai terjamin. Unit ini juga merancang dan memberi peluang

kenaikan pangkat kepada pegawai yang berdaya saing dan kompeten.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia merupakan Bahagian yang merancang

dan memastikan setiap pegawai mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dan

generik dalam melahirkan pegawai berprestasi tinggi. Unit Latihan dan Kompetensi

merancang kursus sepanjang tahun bersesuaian dengan bidang pegawai masing-

masing. Manakala Unit Cuti Belajar memberi peluang kepada pegawai untuk

melanjutkan pengajian pada tahap yang lebih tinggi.

Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pendaftar ditubuhkan berdasarkan aspirasi

visi, misi dan objektif Jabatan Pendaftar dalam menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan yang menepati kepuasan pelanggan. Unit ini juga komited bagi

menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang melalui kemudahan

perkhidmatan serta membuat penambahbaikan secara berterusan. Bahagian

Keselamatan bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal keselamatan universiti

dan penguatkuasaan peraturan bagi memastikan persekitaran Universiti berada