

79
dalam keadaan aman selaras dengan visi dan misi Universiti. Bahagian Kenderaan
bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan penggunaan kenderaan yang
melibatkan aktiviti pelajar dan staf untuk pembangunan Universiti selaras dengan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pusat Kesihatan bertanggungjawab
dalam membantu dan memberikan khidmat rundingan kesihatan kepada staf dan
pelajar Universiti. Bertepatan dengan peranan dan fungsi Jabatan Pendaftar sebagai
nadi yang menyediakan sumber manusia yang relevan dengan persekitaran semasa
untuk merealisasikan visi, misi dan objektif universiti. Selain itu, menjaga
keharmonian antara majikan pekerja juga dilihat sebagai aspek yang penting untuk
mengelakkan pergeseran dan saling mewujudkan suasana yang harmoni.
4.2 KEWANGAN
Sejajar dengan perubahan landskap pendidikan pengajian tinggi, UPNM harus
membentuk satu model autonomi kewangan bagi membolehkan perancangan
kewangannya berkeupayaan menampung keperluan mengurus. Adalah dijangkakan
dalam tiga (3) tahun yang akan datang akan menampakkan peralihan menerusi
model pembiayaan kewangan yang sedia ada akan dimansuh dan digantikan
dengan model pembiayaan 30:70; iaitu 30% pembiayaan dalaman dan 70%
pembiayaan geran kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi universiti berfokus seperti
UPNM, sasaran sumber dalaman sebanyak 25% adalah memadai. Oleh yang
demikian, strategi kewangan menyasarkan tempoh peralihan ini meliputi dari tahun
2016 hingga 2018.
UPNM, sejak penubuhannya pada 2006 telah mengalami pembangunan dan
pertumbuhan yang berterusan. Universiti telah membiayai keperluan kewangan yang
diperlukan oleh pembangunan akademik melalui pelbagai sumber seperti geran
mengurus, geran pembangunan, geran penyelidikan, sumber dalaman dan aktiviti
komersil. Kepelbagaian sumber ini juga digunakan untuk membiayai keperluan
mengurus Universiti. Bagi memastikan kelangsungan pelaburan dalam
pertumbuhan, UPNM telah melaksanakan anjakan kepada strategi sedia ada.
Perancangan bajet dan kewangan dirangka supaya mampu menampung keperluan
dalam pembaharuan proses dan sistem, pembangunan staf dan perubahan