

171
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
prestasi kewangan
29. NOTA BAGI PENYATA PERBANDINGAN BAJET DAN SEBENAR
Bajet UPNM telah diluluskan dan dibentangkan atas asas tunai bagi tempoh kewangan dari 01
Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Bajet asal telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi melalui surat KPT.W.(S) 400-37/1/23 (37) bertarikh 15 Februari 2017. Peruntukan tambahan
telah dibuat kepada bajet yang telah diluluskanmengikut kelulusan khusus daripada pihak berkuasa
yang berkenaan. Peruntukan tambahan ini telah dimasukkan ke dalambajet asal oleh UPNMsetelah
menerima kelulusan masing-masing supaya dapat menutup bajet akhir. Pada tahun 2017, UPNM
mencatatkan peruntukan tambahan berjumlah RM19,399,030 mengikut arahan khusus daripada
Kementerian Pengajian Tinggi.
Bajet dan penyata kewanganUPNMdisediakan denganmenggunakan asas yang berlainan daripada
penyata kewangan. Penyata kewangan disediakan pada asas akruan menggunakan klasifikasi
berdasarkan jenis perbelanjaan di dalam penyata prestasi kewangan, manakala bajet disediakan
pada asas tunai. Jumlah sebenar di dalam penyata kewangan ini telah dinyatakan semula pada
asas tunai berdasarkan kepada dana mengurus. Ia disediakan berdasarkan kepada penyediaan
bajet UPNM hanya menjurus kepada bajet mengurus sahaja.
Perbezaan masa wujud apabila tempoh bajet disediakan berbeza daripada tempoh kewangan
penyata kewangan ini disediakan. Tiada perbezaan masa untuk UPNM.
Perbezaan entiti wujud apabila bajet tidak mengambilkira program-program atau aktiviti-aktiviti
yang tidak direkodkan di dalam penyata kewangan ini.
Penyesuaian antara jumlah sebenar seperti yang dinyatakan di dalam penyata perbandingan bajet
dan sebenar dan jumlah sebenar dalam penyata aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2017 adalah seperti di bawah:
Butiran-butiran bagi perbezaan asas adalah seperti berikut:
30. ANGKA-ANGKA BANDINGAN
Sebahagian daripada angka-angka bandingan telah diklasifikasikan semula kerana mengambilkira
pemakaian awal MPSAS.
booklayout.indd 171
7/24/18 11:05 AM