Previous Page  171 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 171 / 174 Next Page
Page Background

170

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

prestasi kewangan

siberhutang yang ingin berdagang hendaklah melalui prosedur pengesahan kredit. Tambahan pula,

baki belum terima akan sentiasa dipantau secara berterusan.

Risiko Kecairan

Risiko kecairan adalah risiko bahawa entiti akan menghadapi kesukaran dalam memenuhi

kewajipan kewangan oleh kerana kekurangan dana. Pendedahan entiti kepada risiko kecairan

wujud daripada perbezaan dalam kematangan aset kewangan dan liabiliti kewangan. Jadual di

bawah menunjukkan profil kematangan liabiliti entiti pada tarikh laporan berdasarkan obligasi

pembayaran semula tanpa diskaun kontrak.

Pengurusan Modal

Objektif utama pengurusan modal Kumpulan adalah untuk memastikan terdapat dana yang

mencukupi untuk menyokong keperluan pembiayaan Kumpulan, termasuk perbelanjaan modal,

untuk memastikan bahawa Kumpulan kekal kukuh dari segi kewangan.

Kumpulan memantau modal dengan menggunakan nisbah keberhutangan, iaitu hutang bersih

dibahagikan dengan jumlah aset bersih dan hutang bersih.

Nilai Saksama

Nilai dibawa tunai dan kesetaraan tunai, belum terima dan belum dibayar adalah menyamai nilai

saksamanya kerana tempoh matangnya yang pendek.

28. PENDEDAHAN PIHAK BERKAITAN

Transaksi dengan Pihak Berkaitan

Kakitangan Penting Pihak Pengurusan

Kakitangan penting pihak pengurusan adalah mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab

untuk perancangan, arahan dan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti Kumpulan dan UPNM sama ada

secara langsung atau tidak langsung, termasuklah mana-mana Pengarah Kumpulan dan UPNM.

Ganjaran untuk pengarah dan lain-lain ahli penting pihak pengurusan untuk tahun berkenaan

adalah seperti berikut:

booklayout.indd 170

7/24/18 11:05 AM