Previous Page  97 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 97 / 140 Next Page
Page Background

96

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

pembangunan profesional

pembangunan profesional

PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang

berteraskan bidang pertahanan dan keselamatan

yang merangkumi bidang kejuruteraan, teknologi

maritim, sains komputer pengajian strategik,

kepimpinan ketenteraan, penyelidikan dan bidang-

bidang lain yang berkaitan.

UPNM juga menerajui perkara-perkara berkaitan

dengankepimpinandanpembangunanprofessional,

penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan

dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi

serta penyelidikan polisi. Antaranya menyediakan

kursus-kursus Kepimpinan dan Modul-Modul

Pembangunan Profesional kepada UPNM dan

ATM bagi membangunkan sumber manusia

dan organisasi dalam bidang akademik, latihan

ketenteraan dan isu-isu pembangunan sahsiah

kepimpinan di kalangan pelajar, para akademia dan

pegawai tentera di UPNM dan ATM, malah juga

kepada pelajar, staf dan pegawai di lain-lain Institusi

Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi

dan Agensi-Agensi Keselamatan yang lain untuk

mencapai maksud tersebut.

Pada tahun 2016, UPNM telah berjaya mengadakan

program kepimpinan dibawah tajuk UPNM

Executive Series. UPNM Executive Series ini

merupakan syarahan umum yang diadakan secara

bersiri. Program ini mengetengahkan pakar dalam

pelbagai bidang meliputi ekonomi, pertahanan,

pendidikan dan pelbagai bidang lain. Bukan sahaja

sambutan diperolehi dari kampus malah IPTA dan

agensi kerajaan swasta yang lain hadir menjayakan

program ini. Antara program-programnya adalah

seperti berikut:

a)

UPNM Executive Series 1/2016

Tajuk: Why Leading is a Dangerous Business

When Driving Change

Penceramah: Datuk Dr. Hamzah Kassim

Group CEO and Co-Founder, The iA Group

Tarikh: 24 Februari 2016

b)

UPNM Executive Series 2/2016

Tajuk: Leadership Development At The United

States Military Academy by United States

Military Academy (West Point) Faculty Officer

on Regional Defence and International Issues

Penceramah: Ltc. Jared L. Wade

United States Military Academy (USMA),

West Point

Tarikh: 26 Julai 2016