Previous Page  103 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 103 / 140 Next Page
Page Background

102

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

Gambar Rajah 6: Prestasi Keseluruhan Peruntukan Mengurus

Perbelanjaan Mengurus UPNM pada tahun 2016

ialah sebanyak RM122,294,974 berbanding

RM118,669,947 pada tahun 2015. Ini merupakan

peningkatan sebanyak RM3,625,027 (3%).

Peningkatan perbelanjaan ini disebabkan oleh

peningkatan kos emolumen sebanyak RM6.8juta

kerana pertambahan staf tetap dan pemberian 1

mata kenaikan oleh kerajaan pada Julai 2016 serta

peningkatan dari bayaran-bayaran lain sebanyak

RM0.6juta. Walau bagaimanapun, terdapat

penurunan dalam perkhidmatan dan bekalan

sebanyak RM3.8 juta.

Berdasarkan

kepada

kadar

peningkatan

perbelanjaan lebih tinggi berbanding dengan

peningkatan dalam pendapatan, UPNM telah

menunjukkan defisit pendapatan sebanyak

RM3,785,599 pada tahun 2016 berbanding

lebihan pendapatan sebanyak RM3,237,835 pada

tahun 2015. Jumlah penurunan adalah sebanyak

RM7,023,434 (-217%).

HARTA DAN TANGGUNGAN

Nilai aset bukan semasa UPNM pada tahun 2016

adalah sebanyak RM204,235,930 berbanding

dengan RM218,846,376 pada tahun 2015. Ini

merupakan penurunan sebanyak RM14,610,446

(6.7%). Ini disebabkan oleh penurunan perolehan

aset dalam tahun 2016 dan peningkatan susut nilai

semasa.

Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2016

adalah sebanyak RM119,741,084 berbanding

dengan RM119,446,859 pada tahun 2015. Ini

merupakan peningkatan sebanyak RM294,225

(0.2%). Ini disebabkan terdapat peningkatan baki

di dalam REPO.

Tanggungan jangka panjang UPNM adalah

berjumlah RM3,525,617 pada tahun 2016

berbanding dengan RM2,624,919 pada tahun

2015. Ianya mencatatkan peningkatan sebanyak

RM900,698 (34.3%). Peningkatan ini disebabkan

oleh peningkatan dalam Peruntukan Manfaat

Kakitangan.