Previous Page  104 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 104 / 140 Next Page
Page Background

103

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

Tanggungan semasa UPNM pada tahun 2016 adalah sebanyak

RM80,054,553 berbanding RM80,604,842 pada tahun 2015. Ini

merupakan penurunan sebanyak RM550,289 (0.7%). Penurunan ini

disebabkan oleh penurunan dalam Peruntukan Manfaat kakitangan.

UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM240,396,844 pada

tahun 2016 berbanding sebanyak RM255,063,474 pada tahun

2015. Ini merupakan penurunan sebanyak RM14,666,630 (5.8%).

Ringkasan jumlah aset untuk lima (5) tahun terkini iaitu dari tahun

2012 hingga 2016 dapat dilihat seperti di dalam gambar rajah 7.

Gambar Rajah 7: Perbandingan Komposisi Jumlah Aset

Berdasarkan kepada gambar rajah 7, nilai aset

bukan semasa adalah komposisi yang tertinggi

di dalam jumlah aset UPNM bagi tahun 2012

hingga 2016 dan diikuti dengan jumlah REPO

dan lain-lain. Ini adalah selari dengan hasrat

Universiti untuk meningkatkan prasarana kampus

dan melengkapkan peralatan pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan persekitaran

pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan di

Universiti.

Secara keseluruhan, prestasi kewangan UPNM

untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31

Disember 2016 berada dalam keadaan positif

berasaskan kepada indikator kewangan yang

menunjukkan nilai aset bersih di dalam Penyata

Kendudukan Kewangan.