

136
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
prestasi kewangan
Pengurusan Modal
Objektif utama pengurusan modal Kumpulan adalah untuk memastikan terdapat dana yang
mencukupi untuk menyokong keperluan pembiayaan Kumpulan, termasuk perbelanjaan modal,
untuk memastikan bahawa Kumpulan kekal kukuh dari segi kewangan.
Kumpulan memantau modal dengan menggunakan nisbah keberhutangan, iaitu hutang bersih
dibahagikan dengan jumlah aset bersih dan hutang bersih.
Nilai Saksama
Nilai dibawa tunai dan kesetaraan tunai, belum terima dan belum dibayar adalah menyamai nilai
saksamanya kerana tempoh matangnya yang pendek.
28. PENDEDAHAN PIHAK BERKAITAN
Transaksi dengan Pihak Berkaitan
Kakitangan Penting Pihak Pengurusan
Kakitangan penting pihak pengurusan adalah mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab
untuk perancangan, arahan dan kawalan ke atas aktiviti-aktiviti Kumpulan dan UPNM sama ada
secara langsung atau tidak langsung, termasuklah mana-mana pengarah Kumpulan dan UPNM.
Ganjaran untuk pengarah dan lain-lain ahli penting pihak pengurusan untuk tahun berkenaan adalah
seperti berikut:
29. NOTA BAGI PENYATA PERBANDINGAN BAJET DAN SEBENAR
Bajet UPNM telah diluluskan dan dibentangkan atas asas tunai bagi tempoh kewangan dari 01
Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Bajet asal telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi melalui surat KPT.W.(S) 400-37/1/23 (31) bertarikh 9 November 2015. Peruntukan tambahan
telah dibuat kepada bajet yang telah diluluskan mengikut kelulusan khusus daripada pihak berkuasa
yang berkenaan. Peruntukan tambahan ini telah dimasukkan ke dalam bajet asal oleh UPNM setelah
menerima kelulusan masing-masing supaya dapat menutup bajet akhir. Pada tahun 2016, UPNM
mencatatkan peruntukan tambahan berjumlah RM12,955,364 mengikut arahan khusus daripada
Kementerian Pengajian Tinggi.
Bajet dan penyata kewangan UPNM disediakan dengan menggunakan asas yang berlainan daripada
penyata kewangan. Penyata kewangan disediakan pada asas akruan menggunakan klasifikasi
berdasarkan jenis perbelanjaan di dalam penyata prestasi kewangan, manakala bajet disediakan
pada asas tunai. Jumlah sebenar di dalam penyata kewangan ini telah dinyatakan semula pada
asas tunai berdasarkan kepada dana mengurus. Ia disediakan berdasarkan kepada penyediaan bajet
UPNM hanya menjurus kepada bajet mengurus sahaja.