Previous Page  136 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 136 / 140 Next Page
Page Background

135

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

prestasi kewangan

26. KOMITMEN MODAL

27. INSTRUMEN KEWANGAN - PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Risiko Kredit

Risiko kredit adalah risiko kerugian yang mungkin timbul disebabkan oleh kegagalan pihak lain di

dalam menjalankan kewajipannya. Pendedahan kepada risiko kredit wujud daripada akaun-akaun

belum terima. Bagi wang tunai dan baki di bank, entiti mengurangkan risiko kredit dengan berurusan

secara eksklusif dengan institut kewangan yang mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Objektif entiti adalah untuk mencari pertumbuhan berterusan sementara meminimumkan kerugian

yang timbul kerana peningkatan dalam pendedahan risiko kredit. Entiti hanya berurusan dengan

pihak yang mempunyai kelayakan kredit yang baik. Ia telah menjadi polisi entiti bahawa semua

siberhutang yang ingin berdagang hendaklah melalui prosedur pengesahan kredit. Tambahan pula,

baki belum terima akan sentiasa dipantau secara berterusan.

Risiko Kecairan

Risiko kecairan adalah risiko bahawa entiti akan menghadapi kesukaran dalam memenuhi kewajipan

kewangan oleh kerana kekurangan dana. Pendedahan entiti kepada risiko kecairan wujud daripada

perbezaan dalam kematangan aset kewangan dan liabiliti kewangan. Jadual di bawah menunjukkan

profil kematangan liabiliti entiti pada tarikh laporan berdasarkan obligasi pembayaran semula tanpa

diskaun kontrak.

25. SAMBUNGAN CUKAI

Penyata penyesuaian perbelanjaan cukai adalah seperti berikut: