

w w w . u p n m . e d u . m y
|
111
prestas i
kewangan
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
Tanggungan semasa UPNM pada tahun 2015 adalah sebanyak RM6,979,822
berbanding RM8,962,998 pada tahun 2014. Ini merupakan penurunan sebanyak
RM1,983,176 (22%). Penurunan ini disebabkan terdapat pertambahan bayaran
kepada pemiutang.
UPNM mempunyai aset bersih sebanyak RM331,313,413 pada tahun 2015
berbanding sebanyak RM279,424,002 pada tahun 2014. Ini merupakan
peningkatan sebanyak RM51,889,411 (19%).
Ringkasan jumlah aset untuk lima (5) tahun terkini iaitu dari tahun 2011 hingga
2015 dapat dilihat seperti di dalam Carta 4.
Carta 4 : Perbandingan Komposisi Jumlah Aset
Berdasarkan kepada carta 4, nilai aset tetap adalah komposisi yang tertinggi
di dalam jumlah aset UPNM bagi tahun 2013 hingga 2015 dan diikuti dengan
jumlah REPO dan lain-lain. Ini adalah selari dengan hasrat Universiti untuk
meningkatkan prasarana kampus dan melengkapkan peralatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat
diwujudkan di Universiti.
Nisbah-nisbah kewangan penting yang ditunjukkan oleh UPNM sepanjang
tempoh 5 tahun adalah dalam kedudukan yang amat baik. Perincian adalah
seperti berikut:
Nisbah Semasa
Nisbah Hutang
17.11
0.02
9.6
0.03
9.3
0.03
7.44
0.04
4.67
0.05
2015
2014
2013
2012
2011
Analisa Nisbah
Berdasarkan kepada maklumat di atas, UPNM menunjukkan kedudukan kewangan yang semakin baik.
Pada tahun 2015, UPNM mempunyai kemampuan aset semasa sebanyak RM17.11 untuk membayar
setiap RM1 hutang semasa. Ini bermaksud UPNM masih mempunyai lebihan aset semasa sebanyak
RM16.11 setelah membuat bayaran kepada setiap RM1 liabiliti semasa.
Kedudukan hutang UPNM juga kekal dalam kedudukan yang rendah kerana pada tahun 2015, setiap RM1
aset yang dibeli, UPNM hanya berhutang 2 sen.
Secara keseluruhan, prestasi kewangan UPNM untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember
2015 adalah amat baik.