

110
|
w w w . u p n m . e d u . m y
prestas i
kewangan
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
Maklumat di jadual 2 dan carta 2 menunjukkan tren perbelanjaan mengurus
UPNM bagi tempoh 5 tahun ke belakang terus menunjukkan peningkatan. Ini
adalah sejajar dengan perkembangan universiti dari tahun ke tahun.
Carta 3 : Prestasi Keseluruhan Peruntukan Mengurus
Perbelanjaan Mengurus UPNM pada tahun 2015 ialah sebanyak RM118,669,947
berbanding RM109,568,166 pada tahun 2014. Ini merupakan peningkatan
sebanyak RM9,101,781 (8%). Peningkatan perbelanjaan ini disebabkan
oleh penambahan perbelanjaan dalam perkhidmatan dan bekalan sebanyak
RM15.4juta dan , penurunan kos emolumen sebanyak RM5juta kerana mulai
tahun 2015 segala kos emolumen staf kontrak dicaj kepada kos perkhidmatan
dan bekalan serta penurunan dari bayaran-bayaran lain sebanyak RM1.3juta.
Berdasarkan kepada kadar peningkatan pendapatan lebih tinggi berbanding
dengan peningkatan dalam perbelanjaan, UPNM telah menunjukkan lebihan
pendapatan sebanyak RM3,237,835 pada tahun 2015 berbanding RM1,704,633
pada tahun 2014. Peningkatan sebanyak RM1,533,202 (90%).
HARTA DAN TANGGUNGAN
Nilai aset tetap UPNM pada tahun 2015 adalah sebanyak RM218,720,620
berbanding dengan RM196,011,532 pada tahun 2014. Ini merupakan
peningkatan sebanyak RM22,709,088 (12%). Ini disebabkan tambahan kepada
peruntukan RMKe-10 untuk pembelian peralatan untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran. Nilai Pembinaan Dalam Kemajuan pada tahun 2015 ialah
sebanyak RM125,754 berbanding dengan RM5,935,000 pada tahun 2014 dan
merupakan penurunan sebanyak RM5,809,246 (98%). Ini adalah kerana projek
RMKe-10 yang masih dalam pembinaan dan pemasangan pada tahun 2014
telah siap sepenuhnya pada tahun 2015.
Jumlah aset semasa UPNM pada tahun 2015 adalah sebanyak RM119,446,859
berbanding dengan RM86,440,466 pada tahun 2014. Ini merupakan peningkatan
sebanyak RM33,006,393 (38%). Ini disebabkan terdapat peningkatan baki di
dalam REPO Universiti.