Previous Page  162 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 162 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

161

8

P r e s t a s i

K e w a n g a n

Sehingga 31 Disember

2014, UPNM telah menerima

peruntukan sebanyak

RM45,000,000(39%) daripada

peruntukan yang diluluskan.

Perbelanjaan termasuk

komitmen adalah sebanyak

RM33,795,826 iaitu 76%

daripada peruntukan yang

telah disalurkan. Projek

untuk pembinaan Kompleks

Penyelidikan dan Dewan Kuliah

Berpusat adalah di bawah

Jabatan Kerja Raya (JKR)

sepenuhnya.

HARTA DAN TANGGUNGAN

Nilai aset tetap UPNM pada

tahun 2014 adalah sebanyak

RM196,011,532 berbanding

dengan RM175,207,477 pada

tahun 2013. Ini merupakan

peningkatan sebanyak

RM20,804,055 (12%). Ini

disebabkan oleh projek

sambungan RMKe-9 telah siap

sepenuhnya dan tambahan

kepada peruntukan RMKe-10

untuk pembelian peralatan

untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Nilai Pembinaan

Dalam Kemajuan pada

tahun 2014 ialah sebanyak

RM5,935,000 berbanding

dengan RM3,712,157 pada

tahun 2013 dan merupakan

peningkatan sebanyak

RM2,222,843 (60%). Ini adalah

kerana projek RMKe-10 yang

masih dalam pembinaan dan

pemasangan dan dijangka akan

siap sepenuhnya pada awal

tahun 2015.

Jumlah aset semasa UPNM

pada tahun 2014 adalah

sebanyak RM86,440,466

berbanding dengan

RM73,147,635 pada

tahun 2013. Ini merupakan

peningkatan sebanyak

RM13,286,522 (18%).

Ini disebabkan terdapat

peningkatan baki di dalam

REPO kerana Universiti telah

menerima Geran Mengurus

Tambahan daripada KPM pada

bulan Oktober sebanyak RM8

juta dan Geran Penyelidikan

sebanyak RM4 juta.

Tanggungan semasa UPNM

pada tahun 2014 adalah

sebanyak RM8,962,998

berbanding RM7,866,289

pada tahun 2013. Ini

merupakan peningkatan

sebanyak RM1,096,709 (14%).

Peningkatan ini disebabkan

terdapat pertambahan dalam

Gambar Rajah 6: Perbandingan Komposisi Jumlah Aset

perbelanjaan terakru untuk

Imbuhan Tahunan 2014 yang

dibayar pada Januari 2015.

UPNM mempunyai aset bersih

sebanyak RM279,424,002

pada tahun 2014 berbanding

sebanyak RM244,200,982

pada tahun 2013. Ini

merupakan peningkatan

sebanyak RM35,223,020

(14%).

Ringkasan jumlah aset untuk

lima (5) tahun terkini iaitu dari

tahun 2010 hingga 2014 dapat

dilihat seperti di dalam Gambar

Rajah 6.