Previous Page  117 / 186 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 117 / 186 Next Page
Page Background

Universiti pertahanan nasional malaysia

4

laporan tahunan 2014

4

116

H u b u n g a n I n d u s t r i

d a n K o r p o r a t

7

JARINGAN INDUSTRI DAN

PERHUBUNGAN KORPORAT

Jaringan Industri dan

Perhubungan Korporat

merupakan salah satu

portfolio penting kepada

sesebuah universiti dalam

usaha menjadikannya

universiti yang cemerlang

dan berdaya saing dalam

sektor perindustrian yang

mana meliputi kerjasama hal

ehwal korporat dan hubungan

strategik di peringkat negara

mahupun antarabangsa. Bagi

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia (UPNM), portfolio

ini dipertanggungjawabkan

kepada Pejabat Penolong Naib

Canselor, Jaringan Industri dan

Perhubungan Korporat (JIPK).

Tambahan pula, sebagai

memenuhi hasrat Kementerian

Pengajian Tinggi ke arah

melaksanakan Dasar Latihan

Industri, JIPK sentiasa

menitikberatkan proses

pembangunan universiti

bersama industri seperti

mewujudkan dan mengukuhkan

jalinan industri dalam pelbagai

bidang termasuk industri

pertahanan dan keselamatan

negara yang menjadi teras

penubuhan universiti ini.

Hal ehwal korporat universiti

meliputi perkara mengenai

penggubalan Pelan Strategik

Universiti, perhubungan

dengan institusi kerajaan dan

swasta dalam dan luar Negara,

penjenamaan, perhubungan

awam dan media serta hal-

hal berkaitan Tadbir Urus

(Governance).

HUBUNGAN INDUSTRI

KORPORAT

Hubungan Industri Korporat

merangkumi pembangunan

hubungan dan kerjasama

strategik seperti penyelidikan

dan pembangunan (R&D)

secara bersama serta

pengkomersilan paten

universiti. Pada tahun 2013

UPNM berjaya menjalinkan

kerjasama dengan enam 11

buah badan dan institusi

dalam dan luar negara. Bagi

tahun 2014 pula, UPNM dapat

mempertingkatkan jalinan

hubungan strategik korporat

dengan 12 buah badan dan

institusi dalam dan luar negara

iaitu sebanyak lapan (8)

Memorandum Persefahaman

(MoU) dan empat (4)

Memorandum Perjanjian (MoA)

Seperti di Jadual 61, 62, 63

dan 64 . MoU dan MoA ini bagi

tujuan mewujudkan kerjasama

dalam bidang industri

pertahanan dan keselamatan

bagi maksud penyelidikan dan

pembangunan (R & D) dan

akademik.

hubungan industr i

dan korporat