

Universiti pertahanan nasional malaysia
4
laporan tahunan 2014
4
107
8
Mo d a l I n s a n
C eme r l a n g
KEMUDAHAN STAF UPNM
Jabatan Pendaftar merupakan
tunggak serta nadi bagi
pengurusan pentadbiran
Universiti di samping
bertanggungjawab bagi
menyediakan kemudahan
kepada semua kakitangan
UPNM. Ini merujuk kepada
pelan strategik Jabatan
Pendaftar iaitu menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan
yang menepati kepuasan
pelanggan sebagai ‘the value
customer’.
Kemudahan Klinik Panel
UPNM
Mesyuarat Jawatankuasa
Perubatan Staf UPNM Bil. 1
Tahun 2014 telah meluluskan
penambahan lantikan klinik
panel UPNM dan sebanyak dua
(2) buah klinik tidak disambung
lantikan. Berdasarkan kepada
kelulusan tersebut, UPNM telah
melantik empat (4) buah klinik
panel dikawasan Mantin, Sungai
Besi, Shah Alam dan Rawang.
Penambahan klinik panel ini
adalah sebagai tambahan
kemudahan klinik panel sedia
ada bagi menjaga kebajikan
kesihatan staf UPNM.
Merujuk kepada penambahan
tersebut, sehingga Disember
2014, UPNM mempunyai 61
buah Klinik Panel yang terletak
di sekitar Kuala Lumpur,
Selangor dan Negeri Sembilan.
Kadar rawatan klinik panel
UPNM masih kekal sebanyak
RM 60.00 untuk sekali rawatan.
Kemudahan tersebut diberikan
kepada semua staf UPNM
yang layak beserta tanggungan
bagi mendapatkan kemudahan
rawatan ‘outpatient’.
Kemudahan ini merupakan
satu opsyen kepada staf
dan tanggungan untuk
mendapatkan rawatan di klinik
panel selain mendapatkan
rawatan di klinik/hospital
Kerajaan. Bagi kes-kes
kecemasan atau kritikal staf
dan tanggungannya adalah
dinasihatkan merujuk terus
kepada hospital kerajaan.
Walaubagaimanapun, ianya
masih tertakluk di dalam
peraturan Skim Kemudahan
Perubatan Staf/Pesara.
Kemudahan Rawatan
Pergigian UPNM
Bagi memastikan kebajikan
staf terutamanya berkaitan
aspek kesihatan terpelihara
serta membantu meningkatkan
produktiviti kerja staf, UPNM
turut menambahbaik kemudahan
perubatan sedia ada dengan
menyediakan kemudahan
rawatan pergigian bagi kegunaan
staf UPNM. Kemudahan tersebut
turut dipanjangkan kepada
tanggungan dengan kadar
bantuan sebanyak RM 300.00
sekeluarga dalam tempoh
setahun. Rawatan tersebut
adalah terhad kepada rawatan
tampalan, rawatan cabutan dan
rawatan penskaleran (scalling)
sahaja.
Kemudahan Bantuan
Perbelanjaan Perubatan
Kemudahan perubatan yang
diterima oleh staf UPNM turut
melibatkan kes-kes khas yang
diluluskan melalui Jawatankuasa
Perubatan Staf UPNM
berdasarkan kepada syarat dan
peraturan yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan.