

275
4.1.2.2 Ahli Jawatankuasa ini Terdiri Daripada Mereka yang Boleh Membuat
Keputusan yang Berkaitan
Setiap ahli jawatankuasa bawah Senat yang dilantik
mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan yang
tepat. Ahli dipilih berdasarkan kepada kepakaran dan
kemahiran masing-masing dalam bidang akademik,
penyelidikan dan pentadbiran. Sebagai contoh, Mesyuarat
Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik
(JPPA) dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa) dan keahliannya terdiri
daripada Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah Pusat
Pengajian dan Ketua Jabatan Fakulti.
Rujuk A 19:
Salinan Surat Lantikan Ahli
Jawatankuasa
Pembangunan dan
Pengurusan Akademik
(JPPA)
4.1.2.3 Pemilihan Jawatankuasa Spesifik
Setiap ahli yang dilantik terdiri daripada Dekan-dekan Fakulti,
Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengarah Pusat, Ketua-
ketua Jabatan, dan Wakil Senat yang terlibat secara
langsung dalam pembangunan program akademik dan
penyelidikan.
4.1.3 Melaksanakan Mesyuarat yang Efektif
4.1.3.1
Mesyuarat Senat Universiti dilaksanakan secara
terancang dan berkala selari dengan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Bilangan 2 Tahun 1991. Perancangan
pelaksanaan Mesyuarat Senat dimasukkan dalam Takwim
sekurang-kurangnya minimum enam kali setahun.
Rujuk A 20:
Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam
Bilangan 2 Tahun 1991
Rujuk A 21:
Takwim Mesyuarat Senat
Tahun 2017 dan Cadangan
Takwim Aktiviti Akademik
Bagi Tahun 2017