Sunday, September 08, 2024

Pencapaian UPNM 2015

Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, UPNM komited serta fokus untuk menjadi sumber rujukan berautoriti dalam bidang pertahanan dan keselamatan yang merangkumi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi, latihan ketenteraan, pembangunan pelajar, aktiviti jaringan komuniti dan perkhidmatan profesional.  UPNM juga sentiasa memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran serta latihan yang dijalankan menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia, serta agensi akreditasi lain yang berkenaan termasuk Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC), dan Majlis Perubatan Malaysia.


Pengajaran Peringkat Sarjana Muda dan Asasi

Secara keseluruhannya, terdapat empat (4) fakulti dan dua (2) Pusat Pengajian telah ditubuhkan di UPNM yang menawarkan 14 program, meliputi tiga (3) program asasi dan 11 program sarjana muda, iaitu:
 

  1. Program Asasi Pertahanan

· Asasi Kejuruteraan dan Teknologi

· Asasi Pengurusan dan Strategi

· Asasi Perubatan

  2. Fakulti Kejuruteraan

· Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

· Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal

· Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi)

· Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)                          

  3. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan

· Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)

· Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)

· Sarjana Muda Teknologi Maritim

  4. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan

· Sarjana Muda Pengajian Strategi

· Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan

  5. Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan

· Sarjana Muda Doktor Perubatan

  6. Pusat Bahasa

· Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya)


Bagi memastikan sistem akademik UPNM mencapai tahap yang cemerlang, pihak pengurusan telah mengambil tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman dan tahap pencapaian akademik yang tinggi. Staf akademik UPNM perlu sentiasa kreatif dalam merancang setiap pengajaran supaya pelajar dapat memahami dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sehingga tahun 2014, UPNM mempunyai seramai 337 orang staf akademik dengan pecahan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.


Jadual 1 : Kategori dan Bilangan Pegawai Akademik UPNM Sehingga 2014

Bil.

Kategori

Bilangan

i.

Aktif Mengajar

265

ii.

Cuti Belajar/ Sabatikal/ Pasca Kedoktoran

71

iii.

Cuti Tanpa Gaji/ Separuh Gaji

0

iv.

Pinjaman ke Agensi Luar

1

 

Jumlah

337


Sumber: Jabatan Pendaftar UPNM (2015)


Jumlah pelajar pada Disember 2014 adalah seramai 2693. Nisbah antara staf akademik dengan pelajar di UPNM pada tahun 2014 adalah 1: 11.


Pecahan staf akademik adalah seperti berikut:-


Jadual 2 : Kategori dan Bilangan Pegawai Akademik UPNM Pada Tahun 2014

Bil.

Kategori

Bilangan

i.

Profesor

40

ii.

Profesor Madya

51

iii.

Pensyarah Kanan

80

iv.

Pensyarah

113

v.

Guru Bahasa

21

 

Jumlah

305

vi.

Tutor/ Pensyarah Muda

32

 

Jumlah Keseluruhan

337

 

Sumber: Jabatan Pendaftar UPNM (2015)


Pencapaian Pelajar

UPNM juga sedang berusaha untuk memperkukuh dan memperkemaskan strategi dan pelan tindakan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan graduan holistik yang memiliki ciri-ciri Intellectual Leaders of Character sebagai misi utama universiti. Enam (6) ciri telah dikenal pasti untuk dicapai oleh setiap graduan. Ciri-ciri tersebut adalah:

1.      Pegawai Bergraduat (Graduan)
 

Ciri yang pertama adalah sebagai seorang pegawai bergraduat di mana setiap pegawai kadet UPNM dan awam berjaya bergraduat. Mereka telah melalui fasa pendidikan akademik yang sistematik dan mantap. Mereka akan menceburi apa jua bidang sebagai seorang profesional atau terlatih yang berwibawa dalam sektor swasta mahu pun kerajaan.

Statistik graduan UPNM dari 2011 hingga 2014 diberikan dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Statistik Pelajar Bergraduat Dari Tahun 2011 Hingga 2014

Bil.

Tahun

Kelas Pertama

Kelas Kedua Tinggi

Kelas Kedua Rendah

Jumlah

      i.       

2011

5

225

176

406

    ii.       

2012

11

196

203

410

   iii.       

2013

10

268

239

517

   iv.       

2014

11

267

193

471

 

Sumber: Bahagian Pengurusan Akademik, UPNM (2015)

           2.        Pegawai Bertauliah

Ciri yang ke-2 adalah sebagai Pegawai Bertauliah iaitu graduan dari UPNM yang ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong melalui fasa pendidikan akademik dan ketenteraan yang sistematik dan mantap. Manakala pelajar awam diwajibkan melalui ekosistem ketenteraan sebagai Pegawai Palapes. Mereka adalah bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bersumpah setia memberikan komitmen jitu untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam mengekalkan kedaulatan dan memastikan kelangsungan kepentingan strategiknya.

Senarai Pegawai Kadet dan Pegawai Kadet Palapes UPNM yang ditauliahkan pada 2010 - 2015diberikan dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Pegawai Kadet dan Pegawai Kadet Palapes UPNM yang Ditauliahkan Dari Tahun 2010 - 2015

Bil.

Tahun

Jumlah Pegawai Kadet UPNM

Jumlah Pegawai Kadet Palapes UPNM

i.

2010

298

21

ii.

2011

304

129

iii.

2012

297

137

iv.

2013

270

125

v.

2014

189

169

vi.

2015

282

160

Jumlah Keseluruhan

1,640

741

 

 Sumber: Akademi Latihan Tentera, UPNM (2015)

3.      Dasar Satu Pelajar : Satu Sukan (Ahli Sukan)

Ciri yang ke-3 adalah semua pelajar UPNM diwajibkan untuk terlibat dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan bagi mendapatkan kemahiran dalam sesuatu sukan tersebut, di samping mengimbangi kesihatan jasmani dan pelajaran serta aspek pengurusan sukan dan kejurulatihan sukan. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan dan pencapaian cemerlang pelajar UPNM dalam pertandingan acara sukan yang di adakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasil daripada penekanan program ‘Satu Pelajar: Satu Sukan’ di UPNM, pencapaian pelajar adalah seperti berikut:

Jadual 5 : Pencapaian Pelajar UPNM Dalam Pertandingan Acara Sukan di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Bil.

Aktiviti

Pencapaian

Peringkat

i.

Ragbi

Liga KRS 2013

Pencapaian:

Tempat Kedua

Kebangsaan

Kejohanan MASUM Ragbi 7s 2013

Pencapaian:

Naib Johan Plate

UA

Kejohanan Ragbi Jonah Jones Tujuh Sebelah 2013

Pencapaian:

Naib Johan Plate

Antarabangsa

Ragbi Royal Malaysia Navy 7s

Pencapaian:

Johan Cup Kategori IPT

IPT

Kejohanan  Ragbi Super  8 IPT 2014

Pencapaian:

Ketiga Cup

IPT

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) II 2014

Pencapaian:

Naib Johan

IPT

ii.

Sukan Lasak

Kejohanan Kenyir Lake International Triathlon 2013

Pencapaian:

Tempat Pertama Kategori Lelaki Terbuka dan Tempat Ketiga bagi Pasukan Relay Kategori Lelaki Terbuka

Antarabangsa

Kejohanan Olahraga MASUM 2013

Pencapaian:

4 Gangsa

UA

Malakoff University Duathlon Series2013           

Pencapaian:

Tempat Pertama dan Ketiga Kategori Universiti Lelaki

 

Tempat Kedua Kategori Universiti Wanita

Tempat Kedua Kategori Mens Relay

Tempat Pertama dan Kedua Kategori Mixed Relay

Kebangsaan

Kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya

Pencapaian:

Tempat Kedua dan layak ke Kejohanan Ironman 70.3 di Kanada

Antarabangsa

Kejohanan Triathlon Desaru 2014

Pencapaian:

Johan dan Naib Johan bagi pasukan Men’s Relay

 

Naib Johan bagi pasukan Mixed Relay

Antarabangsa

Kejohanan Ironman Langkawi 2014

Pencapaian:

Tempat Keempat Kategori 18-24 Tahun

Antarabangsa

iii.

Pencak Silat

Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa (Taming Sari V) UKM 2013

Pencapaian:

Pasukan A

7 Emas, 6 Perak, 5 Gangsa

Juara Keseluruhan Kategori Terbuka IPT

 

Pasukan B

1 Emas, 2 Perak, 5 Gangsa

Tempat Kelima Kategori Terbuka

IPT dan Antarangsa

Kejohanan Silat UPSI 2013

Pencapaian:

Pasukan A

3 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

Pesilat Terbaik

Tempat Kedua Keseluruhan

 

Pasukan B

2 Perak, 1 Gangsa

 

Kategori Terbuka

1 Perak, 1 Gangsa

IPT dan Antarabangsa

Karnival Sukan MASUM 2013

Pencapaian:

1 Emas

UA

Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2014

Pencapaian:

3 Emas, 7 Perak, 3 Gangsa

UA

Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Antarabangsa Kelima 2014

Pencapaian:

8 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa

Juara Keseluruhan

IPT dan Antarabangsa

Kejohanan Silat IPT dan Jemputan Piala Menteri Besar Negeri Sembilan

dan Piala TNC HEP (Pendekar Se-Abad) 2013

Pencapaian:

11 Emas, 6 Perak, 2 Gangsa

Johan Keseluruhan

IPT

Mohd Khaizul bin Yaacob, atlet

Pencak Silat telah mewakili Universiti Malaysia dan berjaya merangkul pingat Perak di Kejohanan Sukan Universiti Asean 2014 Palembang, Indonesia        

Asean

 

 

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) II 2014

Pencapaian:

1 Emas, 2 Perak

IPT

Festival dan Kejohanan Terbuka IPT dan Jemputan Antarabangsa (Taming Sari Vii) UKM 2015

Pencapaian:

5 Emas, 3 Perak 4 Gangsa

 

Johan Keseluruhan Terbuka IPT

IPT dan Antarabangsa

Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Antarabangsa Kali Keenam 2015 Piala Menteri Besar Perak

Pencapaian:

Kategori IPT 5 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa

 

Kategori Terbuka 1 Perak 2 Gangsa

 

Naib Johan Keseluruhan IPT

Pesilat Puteri Terbaik

IPT dan Antarabangsa

iv.

Hoki

Kejohanan Hoki UNITEN-KPT 6/7 Sebelah 2013

Pencapaian:

Tempat Ketiga bagi Kategori Lelaki dan Wanita IPT

IPT

Pesta Hoki USM-KPM-PENANG International 2013

Pencapaian:

Naib Johan Kategori IPT Lelaki

IPT

Pesta Hoki USM-Penang International 2014

Pencapaian:

Naib Johan IPT bagi Kategori Lelaki

Antarabangsa

Sukan MASUM Hoki (L) Divisyen 2 2015

Pencapaian:

Johan dan layak ke Divisyen 1 2016

UA

v.

Menembak

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014

Pencapaian:

Pingat Emas Air Rifle Berpasukan Wanita

 

Pingat Perak Air Pistol Individu Wanita

 

Pingat Perak Air Rifle Individu Wanita

 

Pingat Gangsa Air Rifle Individu Wanita

 

Pingat Gangsa Air Rifle Berpasukan Lelaki

IPT

vi.

Taekwondo

Kejohanan Taekwondo Terbuka UIA Kali Ke-19

Pencapaian:

3 Emas, 3 Perak Dan 3 Gangsa

Antarabangsa

Karnival Sukan MASUM 2013

Pencapaian:

2 Emas

UA

5th INTEC International Taekwando Championship 2014

Pencapaian:

Kategori Amatur

2 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa

 

Kategori Profesional

5 Emas, 2 Perak, 4 Gangsa

 

Juara Keseluruhan

Antarabangsa

Fitriya binti Abu Mansor, atlet  Taekwando telah mewakili Universiti Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti Asean 2014 Palembang, Indonesia

Asean

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) II 2014

Pencapaian:

1 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

IPT

vii.

Boling Padang

Pelajar Kadet Mohamad Syahmi Bin Dato’ Mohamad Ali telah Mewakili ATM dalam Acara Boling Padang ke Kejohanan MAKSAK Malaysia 2013 dan telah Menjadi Johan Dalam Acara Beregu

ATM

Kejohanan Lawn Bowls Mixed Pairs Jemputan USIM 2013

Pencapaian:

Tempat Ketiga

IPT

Sumber: Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPNM (2015)

4.      Tali Pinggang Hitam – (Ahli Tempur Tanpa Senjata)

Ciri ke-4 yang perlu dimiliki oleh pelajar UPNM ialah memiliki kemahiran dalam mempertahankan diri. Dengan adanya latihan intensif Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang dilaksanakan di UPNM maka pemantapan dari segi keyakinan diri dapat diterapkan dalam kalangan Pegawai Kadet. Jenis-jenis seni mempertahankan diri yang dipelajari oleh pelajar adalah taekwondo dan pencak silat. Latihan ini juga telah membantu pembangunan karakter dan kepimpinan turut dijadikan teras dalam silibus. Setiap Pegawai Kadet diwajibkan menjalani latihan TTS sehingga mencapai tali pinggang hitam yang merupakan salah satu pra-syarat sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pencapaian Tali Pinggang Hitam bagi tahun 2013 dan 2014 diberikan dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Jumlah Pelajar yang Telah Mendapat Tali Pinggang Hitam pada Tahun 2013 dan 2014

Bil.

Tahun

Jumlah (Black Belt)

      i.       

2013

274

    ii.       

2014

266

Sumber: Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM (2015)

5.      Pemimpin Spiritual (Imam)

Ciri ke-5 adalah graduan UPNM perlu memiliki kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin spiritual. Setiap Pegawai Kadet diwajibkan untuk lulus ujian Fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah yang dikendalikan oleh Pusat Islam. Mereka dilatih untuk menyampaikan khutbah Jumaat mengikut giliran masing-masing. Mereka juga didedahkan dengan pengetahuan untuk menguruskan jenazah, menghafal al-Qur’an dan perlu menghadiri ceramah agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam. Pendidikan ilmu keagamaan dan iman yang jitu adalah merupakan satu panduan diri dan anggota yang dipimpin apabila berhadapan dengan cabaran. Bagi Pegawai Kadet dan pelajar awam yang bukan Islam, mereka diberi kebebasan untuk menghadiri dan mendalami ilmu dan amalan agama pilihan masing-masing. 

6.    Pegawai Budiman (Officers and Gentlemen/ Lady)

Ciri ke-6 adalah Pegawai Kadet dan pelajar awam yang dikeluarkan menjadi Pegawai Budiman (Officers and Gentlemen/ Lady). Graduan UPNM seorang yang memiliki sifat berani kerana benar, berani membuat keputusan, jujur, pemurah, berfikiran positif, berfikiran kreatif dan inovatif, seorang observer, perwatakan baik, bijak berkomunikasi, berupaya memberikan nasihat dan motivasi. Sejak dari tarikh pelajar melapor diri, mereka melalui proses transformasi diri dari seorang remaja kepada seorang dewasa. Seterusnya, merubah mereka dari seorang awam kepada seorang tentera. Sepanjang tempoh mereka berada di UPNM, mereka dilatih dan dibentuk sehingga menjadi seorang lelaki dan wanita yang budiman.

Adalah jelas program akademik yang ditawarkan di fakulti-fakulti dan pusat-pusat adalah setanding dengan universiti dalam dan luar negara. Program-program yang ditawarkan oleh UPNM menarik minat bakal pelajar kerana ia bercirikan pengajian dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh boleh diaplikasi kepada pengurusan pertahanan dan keselamatan negara, di samping dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian.
 

Pengajaran Peringkat Pasca Siswazah
 

UPNM juga memberi tumpuan kepada program pasca siswazah melalui penawaran program Sarjana dan Kedoktoran yang ditadbirkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS). Terdapat 32 program pasca siswazah yang ditawarkan di UPNM. 

Jadual 7 : Senarai Program Pasca Siswazah yang Ditawarkan di UPNM

No.

Program

1

Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam)

2

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam)

3

Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal)

4

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal)

5

Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

6

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

7

Sarjana Sains (Sains Komputer)

8

Doktor Falsafah (Sains Komputer)

9

Sarjana Sains (Strategik dan Hubungan Antarabangsa)

10

Doktor Falsafah (Strategik dan Hubungan Antarabangsa)

11

Sarjana Sains (Pengurusan Sumber)

12

Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber)

13

Sarjana Sains (Teknologi Pertahanan)

14

Doktor Falsafah (Teknologi Pertahanan)

15

Sarjana Sains (Teknologi Maritim)

16

Doktor Falsafah (Teknologi Maritim)

17

Sarjana Sains (Sains Kejurulatihan)

18

Doktor Falsafah (Sains Sukan)

19

Sarjana Sains (Kimia)

20

Doktor Falsafah (Kimia)

21

Sarjana Sains (Kejuruteraan Kimia)

22

Doktor Falsafah (Kejuruteraan Kimia)

23

Sarjana Sains  (Biologi)

24

Doktor Falsafah (Biologi)

25

Sarjana Sains (Fizik)

26

Doktor Falsafah (Fizik)

27

Sarjana Sains  (Matematik)

28

Doktor Falsafah (Matematik)

29

Sarjana Sains  (Statistik)

30

Doktor Falsafah (Statistik)

31

Sarjana Sains (Pendidikan)

32

Doktor Falsafah (Pendidikan)

Sumber: Pusat Pengurusan Siswazah (2015)

Rekod pengambilan pelajar pasca siswazah adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 8.

Jadual 8 : Jumlah Pelajar Pasca Siswazah UPNM

Bil.

Tahun

PhD

Sarjana

Jumlah

i.

2010

10

16

26

ii.

2011

16

39

55

iii.

2012

26

25

51

iv.

2013

25

23

48

v.

2014

26

42

68

 

Sumber: Pusat Pengurusan Siswazah, UPNM (2015)

Manakala, rekod keseluruhan pelajar pasca siswazah adalah seperti berikut;

Jadual 9 : Rekod Keseluruhan Pelajar Pasca Siswazah UPNM

Bil.

Tahun

PhD

Sarjana

Jumlah

i.

2010

-

2

2

ii.

2011

-

-

-

iii.

2012

-

2

2

iv.

2013

1

6

7

v.

2014

8

10

18

 

Sumber: Pusat Pengurusan Siswazah, UPNM (2015)

Pengajian Sepanjang Hayat
 

UPNM juga telah menubuhkan Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd) yang bertanggungjawab membangunkan dan mengkoordinasikan pelaksanaan program-program akademik untuk pembelajaran sepanjang hayat. NIEEd juga menyediakan latihan eksekutif serta pembangunan eksekutif mengikut keperluan industri pertahanan dan keselamatan.

Rekod pencapaian pengajian sepanjang hayat adalah seperti berikut;

Jadual 10 : Rekod Pencapaian Pengajian Sepanjang Hayat di UPNM

Bil.

Tahun

Sarjana

Diploma

Kursus Eksekutif

i.

2010

-

-

99

ii.

2011

-

-

98

iii.

2012

17

163

49

iv.

2013

16

168

48

v.

2014

Belum

165

85

 

Sumber: Pusat Pengajian Eksekutif (NIEEd), UPNM (2015)