

69
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
ketenteraan
b. Sistem Pentadbiran Kompeni.
Sistem ini mula dilaksanakan
pada tahun 2017. Melalui sistem ini, Pegawai Kadet dari Tahun
1 hingga Tahun 4 diletakkan bersama-sama dalam satu
Kompeni yang dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua
Kompeni berpangkat Mejar, satu Penolong Ketua Kompeni
berpangkat Kapt dan setaraf, 2 Ketua Trup berpangkat Kapten
dan setaraf, dan 3 hingga 4 orang Jurulatih berpangkat PW 2/
SSjn/Sjn dan setaraf. Secara amnya, kompeni mentadbir hal-
ehwal seperti berikut:
(1) Pemantauan Disiplin dan Kehadiran Kelas.
Kompeni
bertanggungjawab memastikan tahap disiplin Pegawai
Kadet naungan mereka sentiasa berada di tahap yang
tinggi. Sebarang masalah kehadiran kelas akademik akan
dilaporkan oleh pihak akademik kepada kompeni.
(2) Kebajikan Pegawai Kadet.
Pihak kompeni juga
bertanggungjawab dalam menentukan kebajikan
Pegawai Kadet terbela. Aduan yang diterima dari kompeni
akan disalurkan kepada pihak MK BLK sebelum dibawa
ke pengetahuan Komandan. Selain itu, kompeni akan
mengadakan mesyuarat kebajikan bagi mengutarakan
isu permasalahan semasa Pegawai Kadet.
(3) Sistem Pemegang Pangkat.
Sistem Pemegang Pangkat
yang dilaksanakan di ALK adalah sistem baru yang telah
diperkenalkan oleh Naib Canselor UPNM. Pemegang
pangkat tertinggi di kalangan Pegawai Kadet adalah
Pegawai Rendah Kanan Batalion (PRKB). Selain itu,
pemegang pangkat Pegawai Kadet terdiri dari Pegawai
RendahKanan (PRK), Pegawai RendahMuda (PRM), Kadet
Sarjan Mejar Kompeni (SMK), Kadet Sarjan dan Kadet
Koperal. Pemilihan perjawatan baru Pegawai Kadet akan
dilaksanakan oleh MK BLK pada setiap hujung Semester
2 pengajian akademik. Pemegang Pangkat dipilih melalui
satu Lembaga Pemilihan yang ditubuhkan oleh MK
BLK. Ia dipengerusikan oleh Komandan dan dianggotai
oleh Timbalan Komandan, Pegawai Memerintah, Ketua
Jurulatih, Ketua Bahagian P&PL, Ketua Cawangan
Jasmani dan semua Ketua Kompeni.
c. Perintah Bahagian Pertama (PERBAH 1) Pegawai Kadet.
PERBAH 1 Pegawai Kadet dikeluarkan setiap hari oleh BLK dan
seterusnya akan diagihkan ke setiap batalion. Pemantauan
seterusnya dilaksanakan oleh Jurulatih Bertugas setiap
Kompeni.
d. Rutin Harian.
Rutin harian Pegawai Kadet dibahagi kepada
2 iaitu waktu akademik dan latihan ketenteraan. Rutin harian
adalah seperti berikut:
(1) Waktu Akademik.
Waktu akademik bagi Pegawai Kadet
adalah pada setiap Hari Isnin hingga Jumaat.
(2) Waktu Ketenteraan.
Waktu ketenteraan bermula Hari
Jumaat petang (TTS) hingga Hari Sabtu (LKU).
booklayout.indd 69
7/24/18 11:01 AM