Previous Page  129 / 174 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 129 / 174 Next Page
Page Background

128

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2017

pembangunan

profesional

PEMBANGUNAN PROFESIONAL

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang

berteraskan bidang pertahanan dan keselamatan

yang merangkumi bidang kejuruteraan, teknologi

maritim, sains komputer pengajian strategik,

kepimpinan ketenteraan, penyelidikan dan bidang-

bidang lain yang berkaitan.

UPNM juga menerajui perkara-perkara berkaitan

dengan

kepimpinan

dan

pembangunan

professional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu

pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan

teknologi serta penyelidikan polisi. Antaranya

menyediakan kursus-kursus Kepimpinan dan

Modul-Modul Pembangunan Profesional kepada

UPNM dan ATM bagi membangunkan sumber

manusia dan organisasi dalam akademik, latihan

ketenteraan dan isu-isu pembangunan sahsiah

kepimpinan di kalangan pelajar, para academia

dan pegawai tentera di UPNMdan ATM, malah juga

kepada pelajar, staf dan pegawai lain di lain-lain

institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan

Tinggi dan Agensi-Agensi Keselamatan yang lain

untuk mencapai maksud tersebut.

Program-program kepimpinan dan pembangunan

profesional di UPNM dikendalikan dua (2) portfolio

berbeza dalammemenuhi objektif yang ditetapkan

seperti berikut:

A.

PUSAT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN

PROFESIONAL

Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional

adalah sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE)

yang bertanggungjawab menjadikan UPNM

sebagai sebuah universiti yang cemerlang dalam

meningkatkan profesionalisme di kalangan pelajar

(Pegawai Kadet/Awam), staf pengurusan dan

pentadbiran, pensyarah (Awam/Tentera) dan

Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di

UPNM ke arah melahirkan “Intellectual Leaders of

Character”.

Pada tahun 2017, UPNM telah berjaya

mengadakan program kepimpinan di bawah tajuk

UPNM Executive Series

.

UPNM Executive Series

ini merupakan syarahan umum yang diadakan

secara bersiri. Program ini mengetengahkan

pakar dalam pelbagai bidang meliputi ekonomi,

pertahanan, pendidikan dan pelbagai bidang lain.

Bukan sahaja sambutan diperolehi dari kampus

malah IPTA dan agensi kerajaan swasta yang lain

hadir menjayakan program ini.

Selain itu, Program-program Mobiliti Pelajar yang

melibat Pegawai Kadet luar negara ke UPNM

(inbound) terutamanya yang melibatkan institusi

pertahanan antarabangsa turut dikendalikan oleh

Pusat kepimpinan dan Pembangunan Profesional.

Antara program-programnya adalah seperti

berikut:

KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

booklayout.indd 128

7/24/18 11:04 AM