

116
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2017
modal insan cemerlang
KEMUDAHAN STAF
Jabatan Pendaftar merupakan tunggak serta
nadi bagi pengurusan pentadbiran Universiti di
samping bertanggungjawab bagi menyediakan
kemudahan kepada semua kakitangan UPNM. Ini
merujuk kepada pelan strategik Jabatan Pendaftar
iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
yang menepati kepuasan pelanggan sebagai ‘the
value customer’.
a) Kemudahan Klinik Panel UPNM
Pada tahun 2017, Jawatankuasa Perubatan
Staf UPNM masih membekukan pelantikan
klinik panel baharu. Sehingga Disember 2017,
UPNM mempunyai 66 buah Klinik Panel yang
terletak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan
Negeri Sembilan dan Melaka. Kadar rawatan
klinik panel UPNM masih kekal sebanyak
RM 60.00 untuk sekali rawatan. Kemudahan
tersebut diberikan kepada semua staf
UPNM yang layak beserta tanggungan
bagi mendapatkan kemudahan rawatan
‘outpatient’.
Kemudahan ini merupakan satu opsyen
kepada staf dan tanggungan untuk
mendapatkan rawatan di klinik panel selain
mendapatkan rawatan di klinik/hospital
Kerajaan. Bagi kes-kes kecemasan atau
kritikal staf dan tanggungannya adalah
dinasihatkan merujuk terus kepada hospital
kerajaan. Walaubagaimanapun, ianya masih
tertakluk di dalamperaturanSkimKemudahan
Perubatan Staf/Pesara.
Pihak universiti telah memperkenalkan
Kad Perubatan Staf UPNM dan setiap staf
dibekalkan kad rawatan perubatan untuk
memudahkan staf menerima rawatan di
klinik panel yang telah dilantik. Maklumat
staf dan tanggungan tertera pada kad
rawatan berkenaan sebagai usaha untuk
membendung penyalahgunaan rekod pesakit.
Staf dihadkan untuk memilih sebanyak tiga
panel klinik sahaja. Bagi staf yang mempunyai
suami atau isteri yang bekerja di UPNM maka
jumlah klinik panel masih tetap sama iaitu
tiga (3) sahaja.
b) KemudahanBantuanPerbelanjaanPerubatan
Kemudahan perubatan yang diterima oleh
staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas
yang diluluskan melalui jawatankuasa
Perubatan Staf UPNM berdasarkan kepada
syarat dan peraturan yang telah dikeluarkan
oleh Kerajaan.
c) Sistem Kehadiran Biometrik
Kehadiran staf di UPNM telah menggunakan
sistem yang baharu iaitu Sistem Kehadiran
Biometrik. Sistem ini merupakan satu kaedah
untuk mengecam individu berdasarkan ciri-
ciri biologi dan tingkah laku. Penggunaan
teknologi biometrik yang digunapakai
di UPNM ialah penggunaan cap jari dan
imbasan kad staf yang mana ianya boleh
meningkatkan tahap keselamatan dan
kualiti sistem penyampaian perkhidmatan.
Teknologi biometrik berasaskan cap jari
mengunakan imej optik untuk mengenal pasti
identiti melalui pattern-matching. Kaedah
biometrik ini mempunyai tahap ketepatan
yang tinggi kerana setiap individu mempunyai
cap jari yang berbeza.
Sebagai salah satuusaha ke arahmenerapkan
budaya kerja yang cemerlang dan bagi
memastikan setiap pegawai mempunyai
tahap integriti dan disiplin yang tinggi,
semua pegawai di UPNM adalah diwajibkan
menggunapakai
sepenuhnya
Sistem
Kehadiran Biometrik yang telah disediakan
berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
d) Kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut
bagi Kumpulan sokongan
UPNMturutmenyediakanKemudahanpakaian
seragam dan kasut kepada staf Kumpulan
Sokongan berdasarkan kepada peruntukan
pekeliling kerajaan yang bertujuan sebagai
pengenalan diri dan perlindungan serta
menampilkan ketrampilan dan imej UPNM.
booklayout.indd 116
7/24/18 11:03 AM