

86
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
modal insan cemerlang
perubatan untuk memudahkan menerima
rawatan di klinik panel yang dilantik. Maklumat
staf dan tanggungan akan dipaparkan pada
kad rawatan berkenaan sebagai usaha untuk
membendung penyalahgunaan rekod pesakit.
Setiap staf hanya dihadkan untuk memilih
sebanyak tiga (3) klinik panel sahaja. Bagi staf
yang mempunyai suami atau isteri yang bekerja
di UPNM maka jumlah klinik panel masih tetap
sama iaitu tiga (3) sahaja.
b) Kemudahan Bantuan Perbelanjaan Perubatan
Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf
UPNM turut melibatkan kes-kes khas yang
diluluskan melalui Jawatankuasa Perubatan
Staf UPNM berdasarkan kepada syarat dan
peraturan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan.
c) Sistem Kehadiran Biometrik
Pengurusan Universiti telah bersetuju bagi
kehadiran staf ke pejabat akan menggunakan
sistem yang baharu iaitu Sistem Kehadiran
Biometrik. Sistem ini merupakan satu kaedah
untuk mengecam individu berdasarkan ciri-ciri
biologi dan tingkah laku. Penggunaan teknologi
biometrik yang digunapakai di UPNM ialah
penggunaan cap jari dan imbasan kad staf
yang mana ianya boleh meningkatkan tahap
keselamatan dan kualiti sistem penyampaian
perkhidmatan. Teknologi biometrik berasaskan
cap jari mengunakan imej optik untuk mengenal
pasti identiti melalui pattern-matching. Kaedah
biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang
tinggi kerana setiap individu mempunyai cap jari
yang berbeza.
Sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan
budaya kerja yang cemerlang dan bagi
memastikan setiap pegawai mempunyai tahap
integriti dan disiplin yang tinggi, semua pegawai
di UPNM adalah diwajibkan menggunapakai
sepenuhnya Sistem Kehadiran Biometrik yang
telah disediakan berkuatkuasa 1 Ogos 2015.
d) Kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut bagi
Kumpulan sokongan
UPNM turut menyediakan kemudahan pakaian
seragam dan kasut kepada staf Kumpulan
Pelaksana (Bukan Akademik) berdasarkan
kepada peruntukan Pekeliling kerajaan
yang bertujuan sebagai pengenalan diri dan
perlindungan serta menampilkan keterampilan
dan imej UPNM.
Jadual 53 di bawah merupakan statistik data
kumpulan staf yang menerima kemudahan ini
bagi tahun 2016.
Jadual 53: Statistik Data Kumpulan Staf yang menerima kemudahan Pakaian Seragam dan Kasut bagi Tahun
2016.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
Pembantu Operasi
Penolong Jurutera
Pemandu Kenderaan
Jururawat
Penolong Pegawai Farmasi
Juruteknologi Makmal Perubatan
Juru X-Ray
Penolong Pegawai Perubatan
Jurupulih Perubatan
Pembantu Perawatan Kesihatan
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Juruteknik Komputer
Juruteknik
Juruteknik Elektrik
Pelukis Pelan
Penolong Juru Ukur Bahan
Penolong Pegawai Senibina
Pekerja Awam
Tukang Pembantu
Pekerja Awam Khas
53
31
31
6
1
7
1
1
1
2
9
17
1
1
1
1
1
1
3
5
2 pasang setiap orang
2 pasang setiap orang
Jawatan
Jumlah Pegawai
Bil.
Kuantiti Yang Dibekalkan