

5
Tentera Malaysia sebagai Leftenan Muda atau setaraf.
Manakala bagi Pelajar Awam iaitu PALAPES yang berjaya
menamatkan pengajian akan membolehkan mereka
memasuki perkhidmatan kerajaan bukan sahaja sebagai
Pegawai Tadbir dan Diplomatik tetapi juga dalam
perkhidmatan-perkhidmatan
yang
lain
terutamanya
perkhidmatan beruniform seperti Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia,
Kastam Diraja Malaysia dan sebagainya. Selain itu, mereka
juga dapat menyumbang dalam memenuhi keperluan sumber
manusia di sektor korporat.
UPNM juga berperanan ke arah menyokong modenisasi
Angkatan Tentera Malaysia melalui membangunkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D), sama ada asas atau
aplikasi dalam aspek pertahanan dan keselamatan serta
membangunkan industri pertahanan negara. Ia juga
memainkan peranan sebagai
think tank
dalam aspek
pertahanan dan keselamatan. Sehingga kini, UPNM telah
meraih beberapa kemenangan dalam pameran penyelidikan
yang diadakan dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
UPNM komited dalam membangunkan modal insan dan
teknologi untuk memenuhi keperluan industri pertahanan dan
keselamatan negara.