

15
SEJARAH KELAHIRAN KONSEP
AUTONOMI
Menerusi Mesyuarat Keputusan Jemaah Menteri yang
bertarikh 22 September 2010 yang menyatakan:
1.
Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan
pemberian Autonomi kepada UA mengikut kesediaan
yang dinilai menggunakan
Code of University Good
Governance
(CUGG) dan diukur menggunakan
University Good Governance Index
(UGGI).
2.
Jemaah Menteri bersetuju pemberian Autonomi
kepada UA mengikut empat (4) bahagian iaitu
Governan Institusi, Kewangan, Sumber Manusia,
Akademik serta Kemasukan Pelajar.
3.
Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diberi peranan
membuat keputusan bagi bidang urus tadbir Universiti
dengan mengguna pakai segala peraturan dan arahan
berkaitan di peringkat dalaman UA.
4.
Jemaah Menteri bersetuju dengan pelaksanaan
Autonomi berpaksikan kepada lapan (8) prinsip asas.